Shopping Sampai RM500, Lepastu Merungut Barang Mahal - Pengguna B40 Berselera T20 Dikecam Sebab…
# Gaya Hidup # MauLuah

Shopping Sampai RM500, Lepastu Merungut Barang Mahal - Pengguna B40 Berselera T20 Dikecam Sebab…

post by Ani

by Ani

Jun 30, 2023
at 9:44 AM

Shopping Sampai RM500, Lepastu Merungut Barang Mahal - Pengguna B40 Berselera T20 Dikecam Sebab…

Dalam satu hantaran yang tular di laman sosial, perkongsian yang dibuat oleh seorang individu mengundang perhatian warga maya. Dalam perkongsian tersebut yang dimuat naik semula oleh Twitter @jabatannetizenmalaysia, individu berkenaan memuat naik sekeping gambar memaparkan barangan shopping dapur dan keperluan rumah yang dibelinya di sebuah pasar raya. Barang-barang yang memenuhi kaunter juruwang itu antaranya seperti sabun basuh baju, sabun basuh pinggan, tisu gulung, pewangi semburan (air freshener), pewangi kereta, kicap, minyak masak dan beberapa lagi barangan lain. Menurut individu tersebut, kos untuk kesemua barangan yang dibelinya mencecah sampai RM500.

"Hidup ini keras," demikian tulisnya ringkas pada perkongsian berkenaan, seolah-olah merungut dengan cabaran harga barang yang semakin mahal. Bagaimanapun perkongsian individu tersebut mengundang kecaman ramai yang melabelnya seolah-olah 'berbelanja tanpa menggunakan otak'.

Bukan itu sahaja, seorang perunding profesional bertauliah, Islamic Financial Planner (IFP), Afyan Mat Rawi, turut sama terpanggil untuk memberi pandangannya terhadap perkongsian individu tersebut.

"Sebagaimana yang saya sebut sebelum ini, masalah kewangan kebanyakan berpunca daripada kos gaya hidup, bukan kos sara hidup. Contoh dalam gambar ini, pewangi Glade bukanlah keperluan hidup, sabun pencuci (pinggan) ada yang lebih murah dan jimat berbanding Joy, tisu Royal Gold bukan keperluan. Keperluan sebenar sekadar kain buruk lebih memadai.”

"Ramen Samyang dapat dijimatkan dengan mi segera paket. Kalau tak makan pun tak ada masalah. Kos sara hidup sebenar mungkin tak sampai RM300 pun. Yang jadi mahal ialah kos gaya hidup," ulasnya.

“Tambah perunding kewangan itu lagi, tidak menjadi sebarang masalah untuk berbelanja sebegitu jika seseorang tergolong dalam kelompok yang berkemampuan dari segi kewangan. Cuma hairan sikit kalau dah beli semua barangan mahal sedangkan ada yang lebih murah, duk kata 'hidup ini keras'," ulasnya lagi.

Menjengah pula komen netizen, rata-ratanya turut sependapat malah ada yang berkongsi kaedah perbelanjaan masing-masing yang lebih menjimatkan.

"Selera T20, complaint B40. Hidup ini adalah mengenai pilihan... pilih dengan teliti. Melainkan kalau memang nak menunjuk," demikian antara komen netizen.

Dalam situasi ekonomi yang mencabar seperti sekarang, penting bagi kita untuk menguruskan perbelanjaan harian dengan bijak. Kenaikan harga barangan telah memberikan tekanan kepada ramai individu di negara kita. Oleh itu, merancang kewangan dengan teliti adalah satu keperluan.

Btw, zaman sekarang korang dah tak perlu email satu persatu syarikat dah kalau korang nak mohon kerja. Korang boleh drop je resume dekat profil syarikat yang korang nak mohon tu. Korang hanya perlu taip nama syarikat yang korang nak kerja & drop resume di profil syarikat tersebut. Drop resume di sini.