Kerja Sebagai Despatch Di Bangi Untuk Nak Tambah Duit Poket Korang Sekarang - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Kerja Sebagai Despatch Di Bangi Untuk Nak Tambah Duit Poket Korang Sekarang - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Nov 1, 2016
at 2:09 AM

Sambutan baik juga ni kalau kami iklan kan kerja Despatch / Runner / Rider. Rupanya ramai juga yang memiih kerja ini sebagai kerja sampingan nak tambahkan duit poket kan? Iye lah dengan masa pun tak perlu nak ikut sangat waktu pejabat dan tak perlu nak terperuk duduk dalam office. Rasa macam bebas je tunggang motosikal keliling KL kan?

Cuba mohon sebagai Despatch, DNA Laboratories Sdn Bhd dengan gaji sehingga RM 1, 500 sebulan! Tak sukar mana pun hanya perlu hantar dan ambil sampel dari klinik dan hospital je. Amacam nak cuba mohon tak?

 

Keperluan

  • Berumur antara 18-25 tahun dan sihat tubuh badan
  • Mempunyai lesen B2 & memiliki sebuah motorsikal (Elaun maintenance motor akan diberikan)
  • Beperwatakan mesra, rajin dan bertanggungjawab
  • Biasa dan lazim di kawasan Lembah Klang & KL
  • Boleh bekerja dengan segera (Latihan akan diberi)

 

Tanggungjawab

  • Penghantaran & Pengambilan sampel dari Klinik dan Hospital
  • Penghantaran Laporan, Invois & Kit kepada Klinik dan Hospital

 

Manfaat tambahan

  • Gaji Pokok
  • Komisen (untuk setiap sampel yang diambil dari Klinik & Hospital)
  • Insentif (setelah confirm)
  • Elaun maintenance motor, telefon
  • EPF / KWSP & Bonus (setelah confirm)
  • Latihan akan diberikan

 

Lokasi Pekerjaan

Lokasi kerja ini adalah di Bangi jadi ada sesiapa orang sekitar yang nak cuba mohon kerja ni? kalau memang berminat untuk bekerja di luar office boleh lah cuba sebab and hanya perlu tunggang motosikal je. Amacam best tak?