Patut Ke Tegur Colleague Kalau Dia Buat Salah? Ada Hak Ke Untuk Betulkan Mereka? - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Patut Ke Tegur Colleague Kalau Dia Buat Salah? Ada Hak Ke Untuk Betulkan Mereka? - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Nov 1, 2016
at 8:47 AM

Paling kurang lah mesti ada seorang daripada kawan kita yang jenis suka nak betulkan orang. Macam dia ni yang paling betul lah dalam semua perkara. Sampaikan benda kecil pun dia nak pertikaikan. 

" Tengok langit hari ni, cerah je. Cantik kan warna biru dia?"  " Eh itu bukan warna biru, tapi biru laut." Sama je lah dua-dua  tu dalam kumpulan biru juga. Tak kan lah benda macam ni pun dia nak betul kan? Memang cari gaduh betul. Haha..

Kalau korang dapat kawan jenis macam ni memang langkah terbaik ialah elak dari bertembung dengan dia dekat office. Itu kalau jenis kawan yang suka cari kesalahan orang tak bertempat. Tapi bagaimana pula kalau korang yang nak tegur kesalahan kawan sendiri? Bukan yang jenis tak bertempat lah tapi kalau korang perasa yang colleagues tu ada buat kesalahan mesti lah kita kena tegur kan? Cuma tegur secara berhemah lah.

 

1.  Ini fakta atau pandangan sendiri?


 

Tak semestinya kalau colleagues korang guna kaedah lain itu ternyata salah. Setiap orang ada cara masing-masing. Jadi sebelum korang nak masuk campur tanya pada diri dahulu, adakah korang mahu berkongsi fakta ataupun 100% pandangan sendiri? Kalau korang nak betulkan colleagues yang tersalah sebut angka ke ataupun nama itu memang jelas lah korang betul.

Tapi kalau korang sengaja nak masuk campur nak betulkan kesalahan orang dengan judging mereka itu memang salah ye. Bukan masalah freedom of speak ke apa tapi tak kena tempat dan ianya boleh timbulkan pergaduhan.

 

2.  Apa kelayakan korang dalam bidang ni untuk nak tegur?

Okay kalau korang fikir logik lah, korang nak ke percaya seorang penjual buah untuk nak beri nasihat mengenai kenapa kereta  korang rosak? Sudah tentu lah korang akan lebih percaya pada expert dalam bidang repair kereta kan? Sama  lah juga dalam konsep ni. Apa kepakaran korang untuk nak menegur mengenai sesuatu perkara?

Katakan lah colleagues korang bahagian maarketing dan korang adalah bahagian teknikal IT, dan dia sedang menyelesaiikan sesuatu project client adakah korang ni ada kepakaran untuk nak betulkan kesalahan mereka? Ianya bukan mengenai tunjuk pandai tetapi mungkin mereka lebih tahu mengenai skop kerja mereka kan?

Ia juga tidak bermaksud yang diorang akan sentiasa betul sebab mereka tu expert, jika korang ada kemahiran maka silakan berkongsi dengan mereka. Tetapi ianya memang sifat manusia sejak azali untuk lebih mempercayai dari mereka yang pakar dalam bidang.  Kalau orang luar nak komen, agak sukar untuk diterima pakai.

 

3.  Adakah isu ini membimbangkan korang?

Biasalah kadang-kadang tu apa yang terjadi dekat sekeliling kita ataupun terdengar mereka berbincang mengenai masalah, ini akan butakan kita rasa macam nak ambil tahu je kan? Adakah situasi ini memang betul-betul membimbangkan korang? Adakah ianya melibatkan korang dari segi kerja? 

Ada sesetengah perkara yang memang melibatkan korang s ecara langsung tetapi kalau ianya tidak melibatkan korang ataupun rasanya boleh diselesaikan antara mereka rasanya tak perlu kot untuk nak ambil tahu.

 

4.  Apa impak kalau korang kekal senyap?

Okay ini adalah satu perkara yang paling besar dan penting untuk korang fikirkan. Tanyakan pada diri adakah berbaloi kalau korang bersuara? Atau ianya tidak akan terjejas pun kalau korang kekal senyap? 

Kalau ianya perekara kecil yang beri impak kecil je, mungkin tidak perlu kot untuk nak perbetulkan mereka. Setakat kalau Malik tulis  email guna font size 14 dan bukan size 12 itu perkara kecil je. Lain lah kalau ianya perkara besar seperti tersalah baca maklumat client. Itu memang betul korang perlu betulkan kesalahan Malik tu.

Tanya pada diri adakah korang mahu jadi seorang office mate yang suka cari kesalahan orang lain walaupun sekecil semut? Bayangkan kalau wujud office mate sebegitu, mesti korang sendiri akan naik menyampah betul tak? Haa.. kita mesti lah tak nak layan orang seperti mana orang lain kita dengan buruk kan? Jadi fikir dahulu dengan mendalam sebelum nak tegur kesalah orang ya.