Ada 5 Kelebihan Kalau Sampai Awal/Balik Lambat Di Tempat Kerja,  Korang Suka Yang Mana? - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Ada 5 Kelebihan Kalau Sampai Awal/Balik Lambat Di Tempat Kerja, Korang Suka Yang Mana? - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Nov 2, 2016
at 2:08 AM

Makin banyak penekanan terhadap keseimbangan kerja & kehidupan sebab ianya berkait rapat dengan pengurusan waktu setiap individu. Antara persoalan yang sering timbul : Tiba awal ke tempat kerja atau stayback & balik lambat? Mana yang lebih bagus agaknya kan? Nak berdebat dalam hal ni pun rasanya takda penghujungnya, ni dia kami kongsikan kelebihan bagi kedua-dua perspektif : 

Terpacak awal di tempat kerja : 

1. Mulakan hari korang!

Kelebihannya korang sampai tempat kerja awal ni, perancangan tugas-tugas boleh korang buat secara tertib. Erti kata lain, korang boleh schedule balik kerja-kerja yang berlambak pada hari tersebut. Walaupun kerja banyak tapi masa yang ada di awal pagi tu, korang boleh manfaatkan dengan merancang apa yang perlu disiapkan terlebih dahulu. Haa baru lah semangat nak siapkan & perform bagi setiap tugasan yang kena siapkan tu.

2. Hormat sikit waktu orang lain

Korang sampai ngam-ngam waktu bekerja : Lambat. 

Sampai awal ke tempat kerja : On Time / Ngam Ngam

Walaupun perkara ni dah agak lapuk dengan pemodenan yang berlaku hari ini, namun ada segelintir coworkers di tempat kerja korang mempunyai perspektif yang berbeza iaitu tiba awal dianggap sebagai menghormati masa mereka & tiba lewat pula merasakan bahawa korang tak bertimbang rasa. Sebenarnya, pengurusan waktu ni mencerminkan diri, disiplin & pembawakan dir korang.

3. Organisasi yang Awesome!

Setiap di tempat kerja mesti lah ada kerja kan? Kalau korang datang awal, banyak perkara boleh dirancang & susun supaya boleh siapkan on time sebelum timbunan kerja menanti korang menjelang petang. Sekurang-kurangnya korang lebih organized takda lah nampak serabut.

 

Stayback & balik lambat 

 

1. Persediaan keesokan hari

Orang yang selalu stayback & balik lambat ni sentiasa dipandang mulia oleh semua orang, termasuk lah kakak cleaner yang akan buang last batch sampah di tempat kerja tu. Tapi ingat, sebenarnya ada banyak faktor kenapa korang ataupun coworkers lain balik lambat & stayback di pejabat. Kalau korang jenis yang suka prepare dulu untuk tugasan esok harinya, stayback adalah idea yang bernas. Waktu yang paling ideal untuk korang rancang jadual tugasan untuk keesokan harinya.

2. Bantu coworkers yang lain

Stayback di tempat kerja mesti lah bersebab kan? Lain lah kalau korang nak tidur sana sekali. Sebagai contoh, ada projek atau tugasan penting yang memerlukan tenaga kerja yang agak berat jadi memang tak dapat nak elak.