6 Jenis Dilemma Yang Membuatkan Zaman Internship Adalah Pengalaman Pahit Dalam Hidup
# Pengetahuan Pekerja

6 Jenis Dilemma Yang Membuatkan Zaman Internship Adalah Pengalaman Pahit Dalam Hidup

post by Izuan

by Izuan

Nov 2, 2016
at 3:29 AM

Nak raih pengalaman kerja tu bukannya senang, jadi anda haruslah memanfaatkan waktu Internship sebaik-baiknya, tapi agak menghampakan apabila waktu yang betul-betul berharga bagi anda dibazirkan dengan begitu sahaja.

Ini kerana delimma yang dihadapi menjadi kekangan untuk kita raihkan pengalaman yang begitu bernilai bagi mengasah kemahiran kita. Mungkin ada yang berjalan dengan lancar tetapi nasib tidak menyebelahi bagi segelintir pelajar.

Dilemma sebegini pasti memberi kesan kepada diri kita dimana ia akan menyukarkan diri untuk mendapat sebarang tawaran pekerjaan nanti kerana ketandusan kemahiran.

1. Boss Yang Tegas Tak Bertempat

Semua benda perlu dilakukan sendiri tanpa sebarang tunjuk ajar, sikap boss tegas tak bertempat ini secara tidak langsungnya akan mendatangkan ketakutan dalam diri dan susah untuk didekati. Hanya tahu marah tapi tidak memberikan maklumbalas yang membina. 

Rasa gerun boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan dalam mengendalikan sesuatu tugas.

2. Dijadikan Kambing Hitam

Pelatih adalah sasaran yang mudah. Sebarang kesilapan yang berlaku semuanya begitu mudah kepada senior untuk menuding jari kearah pelatih bagi menyelamatkan diri daripada dimarahi oleh boss. Dimarahi walaupun bukan ia kesilapan seseorang itu lakukan bukanlah sesuatu perkara yang boleh menjadikan anda seorang pekerja yang bagus.

3. Rakan Sekerja Yang Tidak Membantu

Bukan mudah untuk melaksanakan sesebuah tugas tanpa sebarang kemahiran dan ilmu pengetahuan terhadap bidang tersebut dengan mudah. Perlu mendapatkan bantuan serta sokong daripada rakan sekerja. Malangnya, ada segelintir tempat yang rakan sekerja enggan menghulurkan dan tunjuk ajar, hanya membiarkan pelatih terumbang-ambing melaksanakan tugas dengan sendirinya. 

4. Terikat Dengan Faktor Akademik

Ada sesetengah Institut yang membiarkan pelajar menjalani Internship tanpa sebarang tugasan akademik, ada juga yang perlu menyiapkan thesis sambil menjalani internship. Cara ini lah yang membuatkan pelatih terpaksa melakukan dua kerja dalam satu masa sehingga menyebabkan kerja terganggu. 

5. Kerja Diluar Kemampuan 

Kerja bertimbun  yang melampau malah ada yang diluar bidang sehingga staff tetap pun tidak sebanyak itu. Jika disuarakan mereka akan mula membandingkan kerja mereka yang susah ataupun zaman mereka diperingkat anda dahulu.

6. Jadi Bahan Gossip 

Segala perkara yang berlaku kesilapan yang anda ataupun prestasi kerja anda lebih menonjol berbanding senior menjadi sumber untuk bahan perbualan mereka, ia boleh menyebabkan anda menjadi kurang yakin untuk menyerlah kerana sikap senior yang iri hati dengan pencapaian yang dilakukan.