Orang Penang, Ada Kerja Kosong Di Watson's Ni, Gaji Sampai RM 3,400, Ada Komisyen Lagi!
# Jenis Pekerjaan

Orang Penang, Ada Kerja Kosong Di Watson's Ni, Gaji Sampai RM 3,400, Ada Komisyen Lagi!

post by Izuan

by Izuan

Nov 2, 2016
at 8:52 AM

Tak perlu merantau jauh-jauh hanya kerana ingin mencari pekerjaan yang begaji tinggi atau manfaat yang bagus. Kadang-kadang di tempat sendiri pun dah ada cuma kita je tak tahu macam mana nak expose. 

Contohnya macam orang Penang, kami nak beritahu kat korang yang Watson's Personal Care Stores Sdn Bhd sekarang ada buka 2 kekosongan jawatan untuk korang mohon. Gaji pun agak memberangsangkan dan manfaat pun cukup menarik.

 


 

Memiliki personaliti menarik dan boleh berkomunikasi dengan baik, berkelulusan sekurang-kurangnya SPM. Korang perlu memberi perkhidmatan dan layananan professional kepada pelanggan. Menjaga pelanggan dan menawarkan Kad Ahli VIP Watson's dan melaksanakan tugas yang telah diarahkan oleh ketua. Apa manfaat yang korang boleh dapat?

Gaji sehingga RM 1,800!

Memang 'ngam' dengan berkelulusan SPM, korang ada potensi untuk mendapatkan lebih daripada jumlah ini tau!

 

 

Kenaikan Gaji Setiap Tahun

Bukan semua kerja non management boleh menawarkan kenaikan gaji setiap tahun, tapi Watson's Personal Care Stores Sdn Bhd ada sediakan untuk pekerjanya tau! 

 

Bonus Sehingga 4 Bulan

Kalau prestasi korang memberangsangkan, Watson's Personal Care Stores Sdn Bhd berbesar hati memberikan pekerjanya bonus SEHINGGA 4 bulan!

 

Manfaat Lain

  • Perubatan 
  • Bayaran OT
  • Diskaun pekerja
  • EPF
  • SOCSO
  • dan pelbagai elaun dan insentif menarik!

 

Suka kecantikan? Jom lah jadi Beauty Consultant untuk Watson's Personal Care Stores Sdn Bhd ini, korang perlu menyediakan perkhidmatan solekan professional dan jadi perunding penjagaan kulit kepada pelanggan. Pastikan korang berketrampilan menarik tau. 

 

Gaji sehingga RM 3,500!

Haa, daripada duduk melawa sahaja di rumah, apa kata gunakan kecanikan korang tu untuk kerja, dapat juga gaji banyak ni kalau daripada tak dapat apa-apa habuan. Dah lah gaji tinggi, siap boleh dapat ni lagi!

 

Komisen!

Dah la gaji tinggi, siap dapat komisyen lagi kalau dapat sales, waah..berapa lah agaknya korang dapat ya! 

 

Manfaat Lain

  • Minimum 14 hari cuti
  • Bonus kontraktual
  • Perlindungan perubatan 
  • Komisen
  • dan pelbagai elaun & insentif menarik!!!

 

 

Lokasi Temuduga

Hadirkan diri pada tarikh dan di lokasi seperti berikut, klik pada nama tempat untuk mengetahui arah jalan :

Tarikh : 14 November 2016

 

Haa, tunggu apa lagi, pilih je mana satu korang suka. Kerja yang ada bonus tinggi atau ada komisyen. JOM LAH MOHON SEKARANG