Tak Bermakna Benefit Bagus Mampu Menjamin Kebahagiaan Pekerja Kalau Tiada 4 Perkara Ini! - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Tak Bermakna Benefit Bagus Mampu Menjamin Kebahagiaan Pekerja Kalau Tiada 4 Perkara Ini! - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Dec 6, 2016
at 4:47 AM

Kebanyakan syarikat cuba sedaya upaya untuk berikan manfaat tambahan yang melambung-lambung bestnya untuk pekerja. Semata-mata nak bagi persepsi yang baik & menarik terhadap syarikat tersebut. Tapi pernah tak korang terfikir sebenarnya kalau vibe di tempat kerja tu sendiri tak berapa nak senang, memang tak best lah rasanya nak kerja kan? Ada sesetengah tu, manfaat tambahan yang Majikan berikan takda lah sampai bagi segala kemudahan insurans, perlindungan perubatan bagai tapi masih ramai pekerja sayangkan kerjaya mereka di syarikat tersebut. Namun apa sebenarnya ya korang sebagai pekerja mahukan daripada Majikan? 4 perkara ni dapat membantu pekerja jadikan kerjaya lebih bermakna :

1. Beri kredit atas pencapaian

Ingat senang ke nak buat tugasan yang diberi oleh Boss atau Manager? Korang usaha lebih untuk capai target, namun bila dah sukses team lain pulak yang dapat kredit. Seolah-olah korang tak sumbangkan apa-apa pada tugasan tersebut. Bukan selalu dapat pujian dari Boss kan? Kalau sekali-sekala dapat pujian atau kredit daripada Boss, korang akan rasa bahawa usaha yang telah disumbangkan dihargai. 

2. Berpeluang suarakan pendapat, nasihat & idea

Kerja macam robot hari-hari memang bosan. Tapi kalau korang langsung tak diberi peluang untuk berkongsi pendapat & idea, lagi lah rasa macam robot. Terpaksa ikut kehendak orang atasan jalankan tugas. Cuba kalau korang sebagai pekerja diberi peluang untuk bersuara & sama-sama perbaiki kesilapan untuk majukan lagi syarikat. Ruang untuk korang sendiri tiada, akan buat korang rasa fed up  & takda hati nak kerja dah.

3. Sentiasa beri sokongan atas kejayaan Coworkers lain

Persaingan tu bukanlah sesuatu yang negatif, tapi kalau semua orang di tempat kerja sentiasa beri sokongan atas kerjayaan Coworkers lain kan lebih bagus. Tak perlu iri hati dengan pencapaian orang lain. Apa gunanya korang sebagai satu team tak nak beri sokongan antara satu sama lain.

4. Peluang perkembangan kerjaya

Siapa tak nak peluang untuk kembangkan kerjaya, kenaikan gaji & pangkat kan? Ianya bagus untuk portfolio korang di masa depan nanti. Bukanlah gilakan pangkat sangat, takkan lah nak duduk di satu kedudukan sampai bila-bila macam takda peningkatan dalam kerjaya.