Kerjaya VS Kesihatan : Ini ada 4 Cara Untuk Kenal Pasti Mana Lebih Penting Dalam Dunia Kerjaya. -Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Kerjaya VS Kesihatan : Ini ada 4 Cara Untuk Kenal Pasti Mana Lebih Penting Dalam Dunia Kerjaya. -Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Dec 7, 2016
at 1:58 AM

Siapa tahu dan kita tidak pernah tahu apa yang akan terjadi dalam masa hadapan, keberangkalian masa tengah kerja tiba-tiba dapat serangan penyakit. Memang kita tak nak tapi nasib siapa tahu? Jangan takut dan bimbang masib boleh mengawalnya dan usaha untuk sembuh. Tapi siapa nak sakit kan? Jadi hanya boleh berharap benda tu tak jadi pada admin dan korang juga. 

Tapi pada masa yang sama, korang mempunyai kerjaya yang penting, bagaimana korang nak mengawalnya? Mestilah korang ada rawatan susulan, berjumpa dengan doktor dan sebagainya. Kira korang ni pekerja yang 100 peratus komitmen kerana sakit-sakit pun masih fikir pasal kerja. Yelah mungkin korang ni jenis susah nak berehat dan sentiasa ingin melakukan sesuatu. Jadi disini admin nak share beberapa tips untuk korang mengawalnya disamping itu tidak menjejaskan kesihatan korang : 

 

1) Cuba fahami keadaan korang dulu.

 

Tapi kalau boleh ketepikan kerja korang dulu dan fokus mengenai kesihatan korang dan pastikan korang mempunyai doktor yang dipercayai untuk memberi nasihat mengenai kesan kesihatan dan kerja korang. Kalau dah rasa seperti lain macam dengan kesihatan korang tu. Lebih baik korang pergi check up takut perkara lebih buruk akan berlaku. Ye memang mudah sekarang hanya google jika ada apa-apa masalah. Tapi lebih spesifik berjumpa dengan doktor. Berapa kerap kah korang akan buat appointment dengan doktor, cuti dan keberangkalian akan berlaku. Jadi bagi tahu bos korang awal-awal dan co-workers lain juga patut tahu. Dan jika apa sakit yang memang serious dapatkan nasihat dari HR syarikat korang dan tanya mengenai perlindungan.

 

2) Komunikasi bersama co-workers atau boss.

Selepas check-up korang takut akan jadi lebih teruk bila kerja. Dan keadaan sekeliling bagaimana penerimaan boss dan co-workers korang. Admin nasihatkan selepas dapat pengesahan dari pakar lebih baik bagi tahu keadaan korang dekat co-workers dan boss. Sebab sekurang-kurangnya mereka faham jika korang ada masalah semasa melakukan kerja nanti. Jadi sediakan awal-awal untuk mengelakkan korang kena tuduh perkara lain pulak. Tidak perlu cerita lebih tetapi boleh juga hanya bagi tahu penyakit yang korang alami. Takut menganggu privasi korang pulak. Tetapi jika penyakit yang berjangkit. Lebih baik untuk korang duduk dirumah atau hospital sahaja kerana takut memberi kesan kepada orang lain. Dan jika boleh lakukan kerja dari rumah sahaja selepas itu keraplah berkomunikasi dengan co-workers lain.

 

3) Dapatkan pertolongan atau sokongan.

Memang ada seseorang tidak selesa dengan situasi korang semasa bekerja. Dalam keadaan masa ini co-workers lah yang terbaik akan memberi sokongan dekat korang. Mungkin mereka akan layan korang seperti keluarga sendiri. Dan kadang-kadang mereka boleh jadi penasihat yang terbaik kerana kawalan apa yang korang boleh buat, bab pemakanan dan ubat-ubatan yang sesuai. Mereka juga boleh suarakan pendapat hospital mana yang terbaik untuk korang. Kalau sebelum ni korang layan co-workers mereka dengan baik, jadi apa yang kita dapat juga haraplah lebih baik.

 

4) Kesihatan patut diberi keutamaan.

Ia sangat sukar untuk memikirkan projek, Pelanggan dan task-task korang di pejabat. Dalam masa yang sama korang harus menjaga kesihatan korang. Lagi-lagi kalau tiada orang lain yang boleh handle kerja korang. Bertambah stress! takkan nak berhenti kerja pula kan. Jangan begitu, beri laluan kepada kesihatan korang, selepas itu beri kerja kepada co-workers lain. Kalau mereka tak reti buat pun, bimbinglah mereka, asalkan kerja jalan jadi korang boleh lah berehat dengan tenang.

 

Ingat kesihatan tu paling penting, kalau kerja tu boleh tangguh, lebih baik korang tolak ketepi dulu. Kalau boss korang tak boleh faham dengan keadaan korang pun, itu sudah tidak penting kerana kesihatan patut diberi keutamaan.Jadi admin harap korang takde lah keadaan sebegini dan sama-samalah kita melakukan aktiviti sihat dan mengelak dari penyakit. Ada pepatah juga mengatakan "Mengelak lebih baik dari mengubati".