4 Jenis 'Politik' Ni, Pasti Dah Biasa Korang Jumpa Di Tempat Kerja - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

4 Jenis 'Politik' Ni, Pasti Dah Biasa Korang Jumpa Di Tempat Kerja - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Dec 7, 2016
at 2:04 AM

Bila dah cukup forum lepak di tempat kerja ni, mesti akan ada politik. Bukan politik, berparlimen, wakil rakyat ya tapi siapa yang lebih berkuasa & berpengaruh. Namun, bila bercakap tentang politik ni selalunya tak dapat korang kesan dengan mata kasar. Ini dia antara jenis-jenis politik yang akan korang jumpa di mana-mana tempat kerja. 

1. Gila kredit 

Hasil titik peluh orang lain, Coworker korang ni senang-senang take credit atas pencapaian korang. Hanya kerana dapat tolong kendalikan tugasan tersebut sekejap je, tetap nak angkat diri pada Boss semata-mata nak dapat pujian. Akhir sekali, bukan korang yang dapat naik gaji sebaliknya Coworker korang yang dapat.  

2. 'I AM EVERYTHING'

Mustahil lah takda Coworker sebegini di tempat kerja korang kan, Coworker sebegini hanya percaya bahawa dia seorang saja yang tahu segala hal. Tiada benda lebih penting dari hal lain selain DIRI diorang sendiri. Dia lah yang tak pernah salah & kejam yang melampau.

3. Si Mastermind 

Nama pun Mastermind kan memang diorang ni berbakat & licik untuk mempengaruhi semua orang ikut cara diorang secara tak langsung, tak kisah lah ianya betul atau salah. Jangan salah faham, diorang ni tak gila pun dari segi mental tapi korang perlu berhati-hati dengan pemikiran logik diorang & nilai.

4. Penasihat segala

Politik di tempat kerja ni tak semestinya negatif. Semua orang ada peranan masing-masing. Dalam banyak-banyak jenis Coworker di tempat kerja, jenis yang suka nasihat ni lah seribu dalam satu. yang akan korang jumpa. Nasihat yang sememangnya ikhlas dari hati. Coworkers sebegini lah yang memainkan peranan neutralkan semula keadaan yang keruh antara pekerja mahupun dalam organisasi syarikat.