Bukan Kereta Sahaja, Motosikal Juga Kini Ada 'Teksi' Sendiri. RM 2.50 Je, Murah & Cepat!
# Trending Semasa

Bukan Kereta Sahaja, Motosikal Juga Kini Ada 'Teksi' Sendiri. RM 2.50 Je, Murah & Cepat!

post by Izuan

by Izuan

Dec 7, 2016
at 3:35 AM

Naik 'kereta' bertujuan memudahkan perjalanan kita, namun rasanya tiada beza kalau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, lebih-lebih lagi kalau waktu pagi nak pergi kerja. Duit dan masa habis begitu sahaja, nak naik pengangkutan awam pun rasanya sama sahaja kena bersesak malah tambang pun dah makin mahal.

Satu-satunya alternatif paling bernas adalah menggunakan satu servis ini,ia baru sahaja dilancarkan dan pasti dapat menarik perhatian para pekerja. Tak perlu rasa tertekan dalam kesesakan. Servis apa tu?

Dego Ride!

Waaah, baru je tau pasal servis ini. Ia adalah servis ala-ala Grab atau Uber tapi versi motosikal. harga yang teramat murah dan jaminan sampai ke sesuatu destinasi dengan lebih pantas! Dapat bantu elak sesak!

Cuma RM 2.50 Untuk Satu Perjalanan!

Servis Perjalanan Sehingga 3 Kilometer!

Terbuka Untuk Kawasan Klang Valley

Jangan risau, semua penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini akan dilindungi dengan polisi insurans jika berlaku sebarang musibah dalam perjalanan.

Pelanggan juga secara automatik akan menerima pautan sistem pengesan perjalanan yang boleh dihantar kepada waris mereka untuk tujuan keselamatan sebaik membonceng motosikal terbabit.

Bagimana Nak Dapatkan Servis Ini?

Hubungi talian 017-388 9269 melalui sistem pesanan ringkas, WhatsApp. Dalam masa 30 minit, penumpang akan dihubungi semula oleh pengurusan untuk memberikan butiran penunggang yang bertugas.

Selain itu, pelanggan juga jangan risau kerana topi keledar mereka sentiasa disembur penyegar udara bagi menghilangkan bau yang tidak enak, selain menyediakan penutup rambut kepada penumpang yang memerlukan