Bagaimana Ingin Meraih Rasa Hormat Dari Manager Korang? Disini Ada 4 Cara Mudah. - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Bagaimana Ingin Meraih Rasa Hormat Dari Manager Korang? Disini Ada 4 Cara Mudah. - Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Dec 8, 2016
at 2:40 AM

Mesti korang rasa ingin dihargai, mempunyai harga diri dan dihormati di tempat kerja. Sepatutnya rasa hormat itu diberi, tetapi pada masa kini, ia harus dicari. Macam semua orang tahu, malaysia terkenal dengan adat kesopanan dan kehormatan yang tinggi. Tetapi ia sudah pudar mengikuti peredaraan zaman. Macam kita pulak yang kena yang kena bertindak untuk orang hormat kita. 

Lagi-lagi ditempat kerja. Memang dah terbiasa jika rasa hormat tu tidak pernah wujud dan jika ada masalah, suka menyalahkan orang lain. Yang selalu kita perasan bila co-workers lain suka memberi kerja dengan gaya ayat memberi arahan. Contohnya "Tolong tukar kesalahan typo itu sekarang". Kan lebih elok jika ayat yang mempunyai unsur minta tolong. Contohnya "Saya rasa seperti ada kesilapan, bolehkah anda tolong saya untuk menukarnya?" Lebih lagi manager korang? Bagaimana nak raih rasa hormat dari manager terhadap diri korang :

 

1) Apa orang lain kata mengenai hormat.

Kajian mendapati apa yang pekerja mahukan ialah rasa hormat dari manager mereka. Kalau takde rasa hormat tu kita buat kerja pun rasa macam tidak ikhlas. Hormat dari manager tu ada berbagai lapisan nya. Contohnya menghargai setiap hasil kerja korang. Selain itu mereka juga ingin setiap co-workers sentiasa bekerjasama dalam sesuatu projek. Seperti sentiasa memerlukan mahukan bantuan dari para pekerjanya dan tidak mahu terasing.

 

2) Mengenal pasti tanggungjawab korang.

Untuk mendapatkan rasa hormat dari manager korang mestilah korang siapkan semua kerja yang diberi. Apakah kerja yang paling penting untuk disiapkan, selain itu berikan hasil kerja yang seiring dengan agenda dari manager. Bukan suruh buat lain, hasilnya lain. Haruslah memberi tumpuan sepenuhnya. Yang penting korang ni cepat tangkap semua pembelajaran. Walaupun lambat buat kerja, asalkan manager tu nampak korang ni berminat untuk belajar dan fokus bila diberi maklumat.

 

3) Menyesuaikan diri dengan pengurusan.

Menjadi seseorang yang dihargai dan dipercayai bukan mudah. Carilah cara terbaik bagaimana nak berkomunikasi dengan manager korang. Ataupun tanya adakah manager tu lebih suka email, texting ataupun bersemuka? Berapa kerap korang nak kena update dengan manager, adakah seminggu sekali? sebulan sekali ataupun ada manager inginkan update dari korang setiap hari! Ia bukan apa, cuma nak bagi tahu yang kerja korang masih berjalan. Walaupun ada masalah atau kebaikan, update tu penting.

 

4) Memerhati dan cuba memahami.

Bagaimana? Korang kena faham sikap manager korang. Bukan stalker! Tidak perlulah melampau, cuma andaian dari fikiran korang sahaja. Yang penting ambil dari sudut yang positif. Kadang-kadang mereka ni sukakan perhatian, jadi selalulah bertanya khabar. Manager ni kadang-kadang mencari bukti yang korang ni bolehh dipercayai dan akan berjasa di syarikat. Jadi tunjukkan yang korang ni memang berminat untuk memberikan lebih lagi. Target korang bukan untuk mengampu manager, tetapi mencapai tahap untuk jadi orang dipercayai. 

 

5) Bina hubungan baik dengan co-workers lain.

Takkan hanya ingin rasa hormat dari manager sahaja. Mestilah dari co-workers lain juga. Tak rugi apa-apa pun jika berbuat baik dengan orang lain kerana balasanya mungkin positif. Walaupun berbeza agama dan bangsa. Ia tidak menghalang korang untuk menjadi kawan dan saling menghormati. Soalan yang paling best nak dengar bila korang ringan tangan tolong dengan co-workers lain. Tapi pastikan kerja korang tu dah siap dulu.

 

6) Tidak bersetuju ( Dengan cara sopan dan privasi )

Mengelak dari konflik dan masalah daripada manager korang tu bukan cara yang terbaik. Lagi bila kita nak raih rasa hormat mereka. Walaupun korang rakan sokongan dalam sesuatu projek. Jika ada yang tidak kena takkan masih nak bersetuju. Tegur lah tetapi sediakan ayat yang lebih baik dan tidak menyinggungnya. Selalulah minta pendapat prestasi kerja korang.

 

Perlu lakukan : 

  • Ubah cara kehidupan kerja korang dengan manager korang.
  • Sokong lah antara satu sama lain.
  • Kongsilah tanggungjawab itu bersama hingga ke akhir projek.

Jangan lakukan :

  • Tak perlu memberontak jika manager tak perasan hasil kerja korang. Lebih elok jika korang bertanya sendiri.
  • Tidak mahu percaya sesiapa.
  • Elak konflik dengan manager. Jika ada sesuatu yang tidak setuju. Berkomunikasi lebih elok.

 

Ia memang rasa sangat tidak best manager dan co-workers biadap dan hilang rasa hormat. Sering menyalahkan orang lain. Benda ini akan berterusan jika bukan korang sendiri yang mulakan langkah untuk mengubah. Tapi kalau dah memang melampaui batas, hehe faham-faham lah ye. Sama ada angkat kaki pergi ataupun korang pertahankan hak korang iaitu ingin rasa dihargai. Alah tak rugi apa pun jika buat baik. Tapi kalau dibiarkan korang juga akan rasa kesannya kelak.