Berhenti Bandingkan Diri Anda Di Facebook! Boleh Buatkan Korang Depress Tau - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Berhenti Bandingkan Diri Anda Di Facebook! Boleh Buatkan Korang Depress Tau - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Dec 8, 2016
at 5:28 AM

Memang tak dapat dinafikan yang sosial media ni memainkan peranan besar juga dalam megubah corak kehidupan. Tetapi perlu diingatkan juga yang ianya boleh merosakkan diri jika penggunaan tanpa had. Rata-rata semua orang ada akaun Facebook sendiri, jangan kata budak belasan tahun, warga tua juga tahu apa itu Facebook. Moden betul makcik-makcik dan pakcik-pakcik sekarang ni. Hehehe

 

Fungsi sosial media ni ada sisi baiknya, seperti untuk korang nak cari balik kawan-kawan lama yang sudah terputus hubungan kan? Senang untuk nak berkomunikasi tanpa perlu berhabisan duit menelefon berjam lamanya. Tapi ini lah yang terjadi apabila sudah berkumpul balik kawan-kawan lama akan mula lah timbul sisi negatif yang tak ramai sedar. Akan mula terbit perasaan untuk nak bandingkan diri melalui sosial media ni terutamanya Facebook. Kedengaran macam biasa je kan?

 

Bahayanya bandingkan "life" di Facebook

Nampak je ada kenalan "check-in" dekat tempat best-best mula lah timbul rasa jealous. "Bestnya dia holiday ke Jepun. Dia mampu nak pergi sana, tengok aku ni, vacation dekat Malaysia pun tak lepas." Pernah kan terfikir macam ni? Korang tahu tak bahayanya jika ada pemikiran sebegini?

Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Universiti Lancaster, membandingkan diri dengan orang lain di Facebook lebih senang untuk mengalami depression yang tinggi daripada membandingkan diri dengan orang lain secara offline. 

Ada betulnya juga kajian ini, cuba korang bayangkan berapa banyak masa yang korang habiskan menggunakan sosial media ni? Orang mudah untuk nak akses Facebook sebab boleh terus buka daripada telefon mudah alih sendiri dan bila-bila masa sahaja boleh gunakan, betul tak? Bayangkan ye, bila naik train, sementara nak tunggu bas, sewaktu break kerja, sambil-sambil tengok TV asyik dengan Facebooknya. Mana lah tak timbul perasaan depression yang melebih itu kan? 

Apabila korang sering membandingkan diri dengan orang lain secara online, akan mula timbul sifat overthinking. Sebagai contoh, apabila korang follow insan-insan yang cantik belaka atau handsome ni, mula lah akan suka lihat diri pada cermin dan cari kesemua apa yang kurangnya. " Kulit dia flawless, kenapa muka dia licin, hidung mancung, semua perfect lah." Berhenti lakukan sebegini!

 

Kurangkan pergantungkan pada social media

Jangan biasakan diri untuk terlampau bergantung pada sosial media. Ianya bukan hanya tertumpu pada Facebook tau malah apa-apa sosial media platform sahaja. Tetapi mahu ditekankan buat pengguna Facebook kerana mereka lebih senang untuk mengalami depression apabila mereka lakukan perkara sebegini:

 

  • Berasa iri hati apabila melihat orang lain
  • Melakukan perbandingan sosial yang negatif
  • Sering kali menulis status negatif

 

Hentikan tabiat tidak sihat ini

Daripada korang lakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat, apa kata korang ubah tabiat yang suka membandingkan diri ini dengan melakukan sesuatu yang berfaedah. Tiada salahnya  untuk terus menggunakan Facebook atau sebarang sosial media tetapi perlu lah secara had. Berhenti bandingkan diri anda dengan orang lain, kerana sikap ini tidak akan ada penghujungnya. Mulanya korang bandingkan pada fizikal diri, kemudian pada harta benda, dan keluarga, sehinggalah berterusan. Love yourself! Semua orang unik dan ada  kelebihan tersendiri jadi mengapa nak bandingkan diri kan?