Amalkan 4 Tips Ini Untuk Tampak Lebih Petah Berkomunikasi & Tak Membosankan - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Amalkan 4 Tips Ini Untuk Tampak Lebih Petah Berkomunikasi & Tak Membosankan - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Dec 12, 2016
at 2:00 AM

Ramai antara kita semua suka berbual, kalau bincang tentang topik yang menarik lagi masuk kepala kan? Namun, ada juga yang agak sukar nak mulakan suatu perbualan lebih-lebih lagi dengan orang yang baru nak kenal. Kalau tak bercakap nanti dianggap sombong pula. Tapi ada cara ke nak tingkatkan diri korang untuk tampak lebih petah berkomunikasi & pada waktu yang sama disenangi oleh semua orang untuk dibawa berbual? Ini 4 cara yang mampu membantu korang : 

1. Mengingati nama orang 

Korang baru je berbual dengan Coworker baru di tempat kerja tak sampai 10 minit, tapi dia ingat nama korang. Terharu kan? Sama juga kalau korang buat perkara yang sama pada orang lain. Tindak balas yang lebih baik akan korang terima jika tunjukkan bahawa korang ingat siapa mereka. Memang agak sukar untuk ingat nama orang, tapi tak salah kalau kita cuba tonjolkan first impression yang menarik & takda lah korang dianggap sebagai yang membosankan bila berbual 

2. Mengikut / meniru gaya 

Kadangkala manusia ni paranoid tak bersebab, baru tegur sikit dah gelabah kan. Habis tu takkan dengan Coworker sendiri tak boleh nak berbual kan? Okay, tips berguna untuk korang : meniru gaya & tenaga yang mereka tonjolkan. Sebagai contoh, jikalau Coworker yang mahu ditegur tersebut mempunyai dinamik tenaga yang tinggi korang boleh cuba ikut gaya mereka. 

3. Sesi pengenalan yang berbeza

Biasanya kalau nak perkenalkan Coworker pada orang, bosannya asyik bagitahu nama & bla bla bla.. Setiap kali benda yang sama je kan? Cuba twist kan sikit sesi perkenalan korang tu dengan menceritakan tentang pencapaiannya. Puji lah sikit Coworker korang, sudah pastinya diorang akan menhargainya & secara semulajadi perbualan korang akan jadi menarik sekali. 

4. Jadilah seseorang yang ingin tahu

Ianya penting untuk korang miliki minat yang tulen & rasa ingin tahu terhadap orang lain. Tak semua orang gemar mulakan suatu perbualan kan? Salah satu cara nak tarik perhatian diorang ni adalah bertanya soalan. Tapi, pastikan korang dengar percakapan diorang dengan teliti. Jangan tanya soalan yang tak relevan & tanya soalan hanya sekadar bertanya.