Peluang Dapat RM3500 Sebulan, Penginapan & Pelbagai Elaun Diberikan Jika Mohon Kerja Kosong Ini - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Peluang Dapat RM3500 Sebulan, Penginapan & Pelbagai Elaun Diberikan Jika Mohon Kerja Kosong Ini - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Dec 15, 2016
at 2:58 AM

Mempunyai pengalaman sebagai technician? Mahukan pendapatan yang lumayan setiap bulan? Tawaran jawatan kosong ini memang cukup sempurna dengan pemberian gaji sehingga RM3500 sebulan Technician Mesin Kopi! Pelbagai jenis elaun akan diberikan seperti pengangkutan, kedatangan & kemudahan penginapan juga disediakan oleh Exclusivitea Sdn. Bhd! Memang untung habis kerja ni, peluang untuk korang asah & tingkatkan kemahiran di syarikat ini! Jangan berlengah lagi, mohon sekarang!

 

Keperluan

  • Mempunyai pengalaman bekerja sebagai technician
  • Berkeupayaan untuk berdikari
  • Sanggup untuk berjalan jauh
  • Latihan akan disediakan
  • Mempunyai kenderaan sendiri

Tanggungjawab

  • Melaksanakan kerja penyelenggaraan perkhidmatan bulanan pelanggan 
  • Berkeupayaan membaiki mesin kopi 
  • Berkebolehan bekerja sebagai kumpulan

Mengendalikan pertanyaan dan maklum balas pelanggan dalam tempoh 24 jam

  • Mempunyai minat terhadap kopi & teh

     

    Manfaat tambahan

    • KWSP, SOCSO
    • Elaun makan akan diberikan jika bekerja di hujung minggu
    • Elaun pengangkutan disediakan
    • Tempat penginapan disediakan
    • Elaun merantau(Travelling)
    • Elaun kedatangan diberikan

    Lokasi Kerja

    Jangan risau! Lokasi kerja bagi jawatan ini terletak di Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Waze saja nanti jika hendak ke sana! Tapi sebelum itu, kenalah mohon dahulu untuk dapatkan jawatan kosong ini! Segera lakukan tugas korang!