5 Sikap Yang Pasti Ada Pada Seorang Contoh Pekerja Cemerlang - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

5 Sikap Yang Pasti Ada Pada Seorang Contoh Pekerja Cemerlang - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Dec 15, 2016
at 3:29 AM

Manusia ni terkadang senang juga nak "judge" orang. Tak boleh nak lari daripada sikap negatif ini kan? Sebenarnya ianya amat lah tidak adil untuk nak judge seseorang berdasarkan penampilan dia, sama juga kalau korang senang-senang je judge seseorang berdasarkan kualiti kerja dia tu. Apa yang berikan korang kredibiliti untuk berkata dan berikan pendapat sedemikian kan? Korang tak kenal pun lagi luar dalam hati budi dia dah judge terus. Hmmm..

Sangat lah tidak masuk akal untuk menghukum seseorang "sebagai pekerja yang tidak elok" hanya kerana korang ikutkan emosi diri sendiri. Bagaimana nak tahu yang sebenarnya seorang pekerja itu seorang pekerja yang bagus atau tidak? Berikut adalah sikap-sikap yang akan ada pada seorang pekerja yag cemerlang:

 

1. Mereka mahu lebih

Mereka tidak puas hati dengan hanya mencapai tahap minima, mereka mahu lebih lagi. Tidak kira lah disebabkan cita-cita ke ataupun mahu kepuasan diri, tetapi mereka hanya akan berpuas hati apabila mereka lakukan lebih daripada yang mereka janngkakan. 

 

2. Mereka sering bertanyakan soalan

Sikap mereka yang ingin tahau itu membuak-buak pada diri. Mereka tidak boleh sekadar mengangguk dan menerima bulat-bulat. Jika ada sebarang kekeliruan dan keraguan, mereka akan terrus ajukan soalan untuk dapatkan kepastian. Mereka mahu mengetahui lebih lanjut dan memahami proses secara terperinci. Sebenarnya sikap sebegini membenarkan mereka untuk pergi lebih jauh.

 

3. Mereka bersemangat tinggi

Mereka prihatin mengenai prestasi kerja mereka. Mereka ini lah pekerja contoh yang mana mata mereka akan bersinar-sinar apabila diberikan sesuatu tanggungjawab baru. Mereka juga adalah jenis pekerja yang akan defend habis-habisan idea dan rancangan mereka jika mereka rasankan yang ianya adalah satu idea yang bernas.

 

4. Mereka ini agak pelik sedikit

Betul, kalau korang perhatikan model pekerja yang cemerlang ni, mereka ada kecenderungan utuk ada sifat yang sedikit pelik. Ini lah yang membuatkan mereka lain dan unik daripada orang lain. Sikap pelik sebegini menunjukkan yang mereka ini kreatif, dan berfikir jauh.

 

5. Suka membuktikan yang orang lain salah

Mereka ini korang perlu beringat sikit, oleh kerana mereka ini contoh pekerja cemerlang jadi mereka ini bersemangat waja untuk jadi yang betul. Jika mereka ada idea yang gila-gila, pasti orang lain akan membantah bulat-bulat kan? Mereka ini akann buktikan pada orang lain yang mereka itu salah sampai lah mereka berjaya. Mereka akan cari jalan untuk menguruskannya dan akhirnya buktikan pada orang lain yang idea itu bernas.