Mesti Korang Pernah Merasai 6 Situasi Ini Di Hari Pertama Kerja Kan? - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Mesti Korang Pernah Merasai 6 Situasi Ini Di Hari Pertama Kerja Kan? - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Dec 15, 2016
at 8:48 AM

Aduh hari pertama masuk kerja ni perasaan dia serba nervous lah! Rasa macam nak meletup je jantung ni risaukan apa yang bakal berlaku. Mana lah tahu kalau staff lain "pulau" kan ke sebab budak baru, waktu lunch nanti nak makan dengan siapa? Risaunya! Percaya lah tak kisah lah berapa kali pun korag dah bertukar-tukar kerja, hari pertama masuk kerja baru mesti mencemaskan, betul tak? 

Macam bila korang first day masuk sekolah, rasa macam orang asing je dekat sekolah baru dengan muka-muka yang tidak dikenali dan bahasa atau mungkin culture yang korang tak dapat nak sesuaikan diri lagi. Betul tak? Tapi ini lah hari yang akan sentiasa terpahat di ingatan dan langkah pertama dalam proses pembelajaran korang. Jangan risau, lama-kelamaan korang akan rasa selesa di tempat baru. Tapi sebelum nak sampai tahap itu, cuba lihat kembali beberapa perkara yang mungkin korang pernah lakukan pada hari pertama dahulu:

 

1. Kekok bila boss tunjukkan meja korang

Okay lah hari pertama mesti lah bos akan tunjukkan di mana korang akan duduk kan? Sudah lah tempat baru, jadi mesti lah akan rasa kekok. Lagi kekok bila bos sudah tunjukkan meja korang dan korang berdiri di situ dengan muka "blur" menunggu arahan seterusnya daripada bos. "Nak duduk ke atau kena terus berdiri, ke macam mana?" Cakap lqah, mesti korang ada buat macam ni kan? Hehehe

 

2. Sesat dalam office sendiri

First day tu kira dimaafkan lah kalau tersesat sikit. Tapi melebih lah kalau dari waktu pagi lagi pergi ke toilet sampai ke petang tak jumpa-jumpa lagi jalan kembali ke meja. Ini sesat ke atau curi tulang? Hehe.. Korang niat murni lagi suci lagi, pagi-pagi masuk office nak bancuh kopi dekat pantry tetapi bila nak balik je ke meja terus tak ingat jalan. Sesat sampai masuk ke department lain lah. Last-last sekali pergi ke lobby dan tanya pada receptionist. 

 

3. Korang sertai conference call yang pertama dan berasa keliru

First time merasa masuk conference call ni kan, jadi memang zero lah pengalaman. Korang terperanjat kerana conference call itu adalah satu situasi di mana ada banyak suara-suara seakan robot yang tidak teratur dan seakan berlawan satu sama lain pula. Sudah la tidak jelas, lepas tu tak tahu pun siapa cakap apa. Semuanya seakan suara yang sama sahaja, betul tak?

 

4. Lagi teruk bila dah habis conference korang kena catat satu persatu

Bila dah habis conference call baru bos korang ingatkan "eh dah catat semua perbualan dan info penting tadi?" Haa.. kena catat ke? Masalahnya tak dengar pun apa yang diorang cakap kan? Bos saya lost ni! Mula lah rasa takut dan gementar kalau-kalau bos  mengamuk dan tanya kenapa list tak cukup penuh.  

 

5. Semua orang hantar onboarding message dalam masa yang sama

Setiap saat ada je email-email baru masuk dari semua orang di department itu untuk ucappkan selamat datang. Akan timbul rasa seronoknya bila orang layan kita baik-baik ni kan? Dah macam masuk hotel je pula bila orang buka kan pintu dan cakap "Selamat Datang!". Tapi yang tak bestnya memang penat jari-jemari ni nak balas balik email diorang satu persatu untuk ucapkan terima kasih.

 

6. Korang tak terbiasa lagi dengan rutin sampai terpaksa berkorban waktu lunch

Maklumlah pekerja baru, jadi rutin tu tak boleh nak sesuaikan diri lagi, betul tak? Perkara sebegini ambil masa untuk nak sesuaikan diri. Disebabkan sistem masa korang tu tak berapa nak sesuai lagi, biasanya mingu terawal tu korang terpaksa korbankan waktu lunch hour demi kerja terrcinta. Bersabar lah. Perlahan-lahan ikut rentak di tempat baru dan biasakan diri.

Walau apa pun yang terjadi dan betapa kekoknya korang di tempat baru, korang perlu beringat yang korang ada berjumpa dengan mereka yang cool dan awesome betul tak? Korang akan mula rasakan yang bos korang tu hebat dan akhir sekali dapat kerja baru kot! Siapa yang tak suka? Selamat maju jaya di tempat baru ya.