jobs in Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

SSM No : KC102840

MYR1,352 - MYR4,003 Per Month

Putrajaya, WP Putrajaya

Be an early applicant!

Be an early applicant!

Requirements

Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana

Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan

1. JADUAL GAJI

Gaji Minimum : RM1,352.00 

Gaji Maksimum : RM4,003.00 

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00 

2. SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia; dan

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i.  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau 

    ii.  SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji 

         permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau 

    iii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)  

3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

4. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut: telah disahkan dalam perkhidmatan; dan mempunyai kelayakan di perkara 2(c) di atas atau lulus Peperiksaan Khas; dan had umur pelantikan: berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.  

5. DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi). 

6. SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM

Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: ************************ *************). 

7. MAKLUMAT TAMBAHAN

 Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

scam job notice

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report This Job ad.

Learn More

About Company

jobs in Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) is top company

Government / Defence

About Company

jobs in Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) is top company

Government / Defence