Memberikan sokongan pentadbiran kepada Jabatan Production bagi memastikan proses pengeluaran, pembungkusan, kawalan inventori dan penghantaran produk berjalan lancar, teratur serta mematuhi SOP dan piawaian keselamatan makanan yang ditetapkan oleh Syarikat.
1. Pentadbiran Pengeluaran
- Membantu menyediakan dan mengemaskini Production Order mengikut jadual pengeluaran.
- Merekod data pengeluaran harian dengan tepat dan lengkap.
- Membantu menyediakan laporan pengeluaran harian, mingguan dan bulanan.
- Memastikan semua dokumen dan rekod pengeluaran difailkan dengan teratur.
2. Inventori & Kawalan Stok
- Membantu mengemaskini rekod stok bahan mentah, bahan pembungkusan dan produk siap.
- Memantau baki stok dan memaklumkan kepada penyelia sekiranya stok berada pada paras minimum.
- Membantu menjalankan stock count berkala dan mengemaskini rekod inventori.
- Memastikan rekod inventori selaras dengan stok fizikal.
3. Kawalan Produk Siap
- Merekod kuantiti produk siap setiap hari.
- Membantu memantau tarikh pengeluaran (Manufacturing Date), nombor batch dan tarikh luput (Expiry Date).
- Memastikan amalan FIFO (First In, First Out) dan FEFO (First Expired, First Out) dipatuhi.
- Membantu memastikan proses pembungkusan dan pelabelan dijalankan mengikut spesifikasi Syarikat.
4. Penyelarasan Penghantaran
- Membantu menyediakan Delivery Order (DO), Packing List dan dokumen penghantaran.
- Menyemak kuantiti produk sebelum penghantaran ke outlet.
- Berhubung dengan Production, Warehouse dan Outlet bagi memastikan penghantaran dibuat mengikut jadual.
5. Dokumentasi & Pematuhan
- Membantu memastikan semua borang dan rekod pengeluaran dilengkapkan dengan betul.
- Mengemaskini dokumen berkaitan SOP, GMP, HACCP, Halal dan Food Safety.
- Membantu menyediakan dokumen yang diperlukan bagi tujuan audit dalaman dan luaran.
6. Sokongan Operasi
- Membantu menyelaras keperluan bahan mentah dan bahan pembungkusan dengan jabatan berkaitan.
- Melaporkan sebarang ketidakpatuhan, kerosakan atau isu operasi kepada penyelia dengan segera.
- Memberikan sokongan pentadbiran kepada Jabatan Production dari semasa ke semasa.
7. Tugasan Lain
- Melaksanakan tugasan pentadbiran lain yang diarahkan oleh Production Admin, Production Manager atau pihak Pengurusan.
- Membantu dalam projek penambahbaikan proses kerja apabila diperlukan.
Kelayakan
- Minimum SPM/STPM atau Diploma dalam Pentadbiran, Pengurusan, Teknologi Makanan atau bidang berkaitan.
- Pengalaman dalam bidang pentadbiran atau pengeluaran merupakan satu kelebihan. Graduan baharu digalakkan memohon.
- Mahir menggunakan Microsoft Office, terutamanya Microsoft Excel dan Word.
- Pengalaman menggunakan sistem inventori atau ERP merupakan satu kelebihan.
Kemahiran
- Teliti, sistematik dan mempunyai kemahiran dokumentasi yang baik.
- Mampu mengurus pelbagai tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan koordinasi yang baik.
- Bertanggungjawab, berintegriti dan mempunyai sikap proaktif.
- Mampu bekerja secara individu serta dalam pasukan.
Keperluan Tambahan
- Bersedia bekerja lebih masa sekiranya diperlukan oleh operasi.
- Mematuhi semua Polisi, SOP, GMP, HACCP, Halal dan keperluan Keselamatan Makanan yang ditetapkan oleh Syarikat.
- Menjaga kerahsiaan maklumat Syarikat.
- Mengamalkan budaya kerja yang kemas, bersih dan teratur serta sentiasa mematuhi peraturan keselamatan di tempat kerja.
Pay: From RM1,800.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Parental leave
- Professional development
Work Location: In person