jobs in Nanyang Hub Sdn Bhd

Full Time Graphic Designer Jobs, Salary up to MYR 3,200 in Nanyang Hub Federal Territory - Maukerja

MYR2,000 - MYR3,200 Per Month

KL City, Federal Territory

Share
Save

Working Location

  • Kuala Lumpur Federal Territory Malaysia

Job Description

Responsibilities

Graphic Designer

Lokasi - Kuala Lumpur

Nanyang hub Sdn Bhd

Gaji

RM2,000 – RM3,200 (Bergantung kepada pengalaman & kemahiran)

Kami sedang mencari seorang Graphic Designer yang kreatif, teliti dan mempunyai minat dalam industri fesyen untuk membantu menghasilkan visual yang menarik, premium dan mampu meningkatkan jualan jenama.

Anda akan bertanggungjawab menghasilkan reka bentuk pemasaran, mengendalikan sesi fotografi produk serta memastikan identiti visual syarikat sentiasa konsisten di semua platform pemasaran.

Tanggungjawab Utama

  • Mereka bentuk poster promosi, banner, artwork iklan dan bahan pemasaran digital.
  • Menghasilkan visual content untuk TikTok, Instagram, Facebook, Shopee dan website.
  • Merancang konsep visual yang selari dengan identiti dan positioning jenama.
  • Mengendalikan sesi fotografi produk, model dan kempen pemasaran.
  • Menyediakan setup lighting, angle, backdrop dan props untuk photoshoot.
  • Mengedit gambar produk dan model supaya kelihatan premium, kemas dan profesional.
  • Memastikan semua visual mengikut standard branding syarikat.
  • Menyokong pasukan marketing dalam penyediaan artwork untuk Facebook Ads, TikTok Ads dan kempen promosi.
  • Mengurus dan menyimpan fail design, gambar serta aset syarikat dengan sistematik.
  • Bekerjasama dengan Content Creator dan Marketing Team bagi menghasilkan kempen yang lebih berkesan.

Kelayakan

  • Minimum Diploma dalam Graphic Design, Multimedia atau bidang berkaitan.
  • Mahir menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.
  • Pengalaman menggunakan Canva, Lightroom atau software berkaitan adalah satu kelebihan.
  • Mempunyai kemahiran fotografi asas hingga pertengahan.
  • Memahami konsep color matching, typography dan visual branding.
  • Kreatif, mempunyai perhatian terhadap detail dan mampu bekerja mengikut deadline.
  • Mempunyai minat dalam industri fesyen, hijab atau lifestyle adalah satu kelebihan.
  • Boleh bekerja secara individu dan dalam pasukan.

KPI Utama

  • Semua design dan artwork disiapkan mengikut deadline yang ditetapkan.
  • Mengekalkan visual branding yang profesional dan konsisten.
  • Menghasilkan gambar produk berkualiti tinggi untuk pemasaran.
  • Menyediakan artwork iklan yang membantu meningkatkan CTR dan conversion.
  • Memberikan sokongan visual kepada pasukan marketing dengan pantas dan efisien.
  • Memastikan semua aset visual syarikat tersusun dan mudah diakses.

Kelebihan Menyertai Kami

  • EPF, SOCSO & EIS.
  • Bonus prestasi berdasarkan KPI.
  • Peluang kenaikan pangkat yang jelas.
  • Latihan berkaitan branding, photography dan digital marketing.
  • Persekitaran kerja yang positif dan berkembang.
  • Peluang menjadi sebahagian daripada jenama hijab yang sedang berkembang pesat di Malaysia.

Cara Memohon

Sila hantar:

  • Resume terkini
  • Portfolio design
  • Portfolio fotografi (jika ada)
  • Link instagram atau hasil kerja terdahulu

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga.

Pay: RM2,000.00 - RM3,200.00 per month

Benefits:

  • Professional development

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More