Operator Kilang (Pengeluaran Minyak & Pembantu Pemandu)
Kami mencari Operator Kilang yang berdedikasi dan bertanggungjawab untuk menyertai pasukan kami. Peranan ini merangkumi tugas pengeluaran minyak di kilang serta membantu pemandu (assist driver) semasa proses penghantaran atau pemindahan barangan apabila diperlukan.
Waktu Bekerja:
- Hari Kerja: Isnin hingga Sabtu
- Masa: 9.00 Pagi – 6.00 Petang
- Kerja Lebih Masa (OT): Disediakan jika diperlukan
Tanggungjawab Utama:
- Pengeluaran Minyak (Production):
- Mengendalikan dan memantau mesin pengeluaran serta pembungkusan minyak mengikut SOP.
- Memastikan kualiti minyak dan pembungkusan berada dalam keadaan baik sebelum diagihkan.
- Memastikan kawasan kerja kilang sentiasa bersih, kemas, dan selamat (5S/Housekeeping).
- Merekod maklumat pengeluaran harian dan melaporkan sebarang kerosakan mesin kepada penyelia.
- Pembantu Pemandu (Assist Driver):
- Membantu pemandu lori dalam proses memuat (loading) dan memunggah (unloading) stok minyak atau barangan kilang.
- Memastikan bilangan stok yang dihantar atau diterima tepat mengikut dokumen penghantaran (Delivery Order/Invois).
- Membantu memastikan keselamatan barangan semasa transit.
Kelayakan & Keperluan:
- Kelayakan minima PMR / SPM (atau pengalaman kerja yang setara).
- Mempunyai fizikal yang sihat untuk menjalankan kerja-kerja operasi kilang dan pengangkut barang.
- Boleh bekerja lebih masa (OT) apabila diperlukan.
- Mempunyai sikap bertanggungjawab, jujur, dan berdisiplin tinggi.
- Boleh bekerjasama dalam pasukan dan mengikut arahan penyelia/pemandu.
Faedah & Kemudahan:
- Gaji Pokok + Elaun + Bayaran OT (Overtime)
- Caruman EPF, SOCSO & EIS
- Cuti Tahunan & Cuti Sakit
- Latihan di tempat kerja (On-the-job training) disediakan
Pay: From RM1,700.00 per month
Benefits:
- Additional leave
- Health insurance
- Maternity leave
- Parental leave
Work Location: Remote