- Jalan Banting-Semenyih Kajang Selangor Malaysia

Working Location
Job Description
Responsibilities
Mengenai Jawatan
GSK Service & Tour Sdn. Bhd. sedang mencari individu yang teliti, teratur dan bertanggungjawab untuk menyertai team kami sebagai Assistant Operation Executive secara sepenuh masa.
Jawatan ini memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan fleet kenderaan GSK berjalan dengan lancar, termasuk dokumentasi kenderaan, penyelenggaraan, rekod servis, insurans, roadtax serta pemantauan penggunaan setiap kenderaan.
Sebagai Assistant Operation Executive, anda akan bekerjasama rapat dengan pihak pengurusan, team operasi, workshop dan penyedia perkhidmatan berkaitan bagi memastikan setiap kenderaan sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan bersedia untuk disewakan kepada pelanggan.
Skop Tugas & Tanggungjawab
- Mengurus dan mengemaskini rekod lengkap setiap kenderaan syarikat.
- Memastikan dokumen seperti geran, roadtax, insurans, permit dan dokumen berkaitan sentiasa dikemaskini.
- Menyusun dan memantau jadual servis berkala, maintenance dan repair setiap kenderaan.
- Membuat appointment dengan workshop dan memastikan kerja penyelenggaraan diselesaikan mengikut jadual.
- Memantau mileage, rekod penggunaan kenderaan serta jadual servis.
- Mengurus rekod kos servis, alat ganti, tayar, repair, insurans dan perbelanjaan berkaitan kenderaan.
- Menyemak dan mengurus invoice serta resit berkaitan fleet.
- Berurusan dengan workshop, pusat servis, syarikat insurans, towing dan vendor berkaitan.
- Memantau status kenderaan sama ada Available, Rented, Under Service atau Under Repair.
- Membantu mengurus jadual dan allocation kenderaan kepada pelanggan.
- Memastikan setiap kenderaan berada dalam keadaan bersih, selamat dan sesuai untuk disewakan.
- Membantu menjalankan pemeriksaan kenderaan sebelum dan selepas penyewaan jika diperlukan.
- Menyediakan laporan berkaitan status fleet, kos maintenance dan rekod penyelenggaraan untuk pihak pengurusan.
- Mengurus filing dan dokumentasi berkaitan kenderaan secara sistematik.
- Membantu team operasi dalam apa-apa urusan berkaitan fleet syarikat.
Kriteria Yang Kami Cari
- Mempunyai pengalaman dalam bidang Vehicle Administration, Fleet Management, Automotive, Car Rental atau bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
- Mempunyai kemahiran organisasi dan pengurusan masa yang baik.
- Seorang yang teliti dan peka terhadap perkara kecil, terutama berkaitan tarikh roadtax, insurans dan jadual servis.
Mahir menggunakan Microsoft Excel, Word dan System Syarikat(akan di tunjuk ajar).
- Mampu mengurus banyak tugasan dalam satu masa dengan baik.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
- Boleh bekerja secara individu dan juga bersama team.
- Mempunyai pengetahuan asas mengenai kereta, servis dan maintenance adalah satu kelebihan.
- Mengetahui proses berkaitan JPJ, PUSPAKOM, insurans dan pengurusan kenderaan di Malaysia adalah satu kelebihan.
- Proaktif dalam mengenal pasti dan menyelesaikan masalah.
- Amanah, bertanggungjawab dan mempunyai disiplin kerja yang baik.
- Mempunyai lesen memandu yang sah.
Apa Yang GSK Tawarkan
Di GSK Service & Tour Sdn. Bhd., kami percaya setiap individu dalam team memainkan peranan penting dalam perkembangan syarikat.
Kami menawarkan:
- Gaji yang kompetitif berdasarkan pengalaman.
- Jawatan sepenuh masa dengan skop kerja yang jelas.
- Peluang perkembangan kerjaya dalam industri Car Rental & Fleet Management.
- Pendedahan kepada pengurusan fleet kenderaan yang pelbagai.
- Peluang meningkatkan kemahiran dalam operasi, pentadbiran dan pengurusan automotif.
- Persekitaran kerja yang dinamik dan teamwork-oriented.
- Peluang berkembang bersama syarikat yang sedang berkembang.
Mengenai GSK Service & Tour Sdn. Bhd.
GSK Service & Tour Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan penyewaan kenderaan untuk pelanggan individu, korporat serta organisasi. Dengan fleet kenderaan yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Compact Car, Sedan, SUV, MPV sehingga Premium MPV, kami memberi penekanan terhadap pengurusan fleet yang sistematik, keadaan kenderaan yang terjaga serta pengalaman pelanggan yang terbaik. Kami sentiasa mencari individu yang mempunyai semangat untuk berkembang bersama syarikat dan menjadi sebahagian daripada perjalanan GSK ke tahap yang lebih tinggi.
Cara Memohon
Sekiranya anda seorang yang tersusun, teliti, bertanggungjawab dan mempunyai minat dalam bidang automotif, kami ingin mendengar daripada anda.
Sila hantarkan:
1. Resume / CV terkini
2. Maklumat pengalaman kerja berkaitan
3. Expected Salary
4. Tarikh boleh mula bekerja
Join Our Team & Grow With GSK.
Pay: RM2,000.00 - RM3,500.00 per month
Benefits:
Work Location: In person
Important Information
Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.