Ringkasan Jawatan
Bertanggungjawab membantu pemandu dalam urusan penghantaran barang ke outlet, booth atau lokasi yang ditetapkan serta menyokong operasi harian gudang, termasuk memuatkan, menurunkan, menyusun dan mengendalikan barang dengan selamat.
Skop Tugas
- Membantu pemandu menjalankan penghantaran barang mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak HQ.
- Memuatkan dan menurunkan barang dari lori atau van syarikat dengan selamat.
- Menyemak kuantiti dan keadaan barang berdasarkan dokumen penghantaran sebelum dimuatkan dan semasa diserahkan kepada penerima.
- Memastikan barang disusun dengan kemas dan selamat di dalam kenderaan bagi mengelakkan kerosakan semasa perjalanan.
- Membantu mendapatkan pengesahan penerimaan barang dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihak yang bertanggungjawab.
- Melaporkan sebarang kerosakan, kehilangan atau perbezaan kuantiti barang kepada penyelia dengan segera.
- Membantu menerima barang daripada pembekal serta menjalankan kerja memilih, melabel, membungkus dan menyusun produk.
- Membantu pengiraan stok dan merekod pergerakan barang masuk serta keluar mengikut arahan penyelia.
- Membantu persediaan dan pengemasan outlet atau booth, termasuk mengangkat dan menyusun barang serta peralatan.
- Menjaga kebersihan ruang muatan kenderaan dan kawasan kerja.
- Mematuhi prosedur keselamatan syarikat semasa mengangkat, memindahkan dan mengendalikan barang.
- Melaksanakan tugas lain yang berkaitan dengan penghantaran dan operasi gudang mengikut arahan dari semasa ke semasa.
Syarat Kelayakan
- Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan SPM atau setaraf.
- Pengalaman sebagai kelindan atau dalam operasi penghantaran dan gudang adalah satu kelebihan.
- Sihat tubuh badan dan mampu mengangkat serta mengendalikan barang dengan selamat.
- Bertanggungjawab, menepati masa dan menjaga barang syarikat dengan baik.
- Boleh menerima arahan dan bekerja secara berpasukan dengan pengawasan minimum.
- Bersedia mengikuti perjalanan penghantaran ke luar kawasan apabila diperlukan.
- Bersedia bekerja lebih masa, hujung minggu atau cuti umum mengikut keperluan operasi.
Pay: RM1,800.00 - RM2,000.00 per month
Work Location: In person