Tanggungjawab Tugas:
- Membantu ahli farmasi dalam proses pendispensan ubat mengikut preskripsi dan memberikan penerangan asas kepada pelanggan.
- Mengurus inventori farmasi termasuk menerima stok, menyemak tarikh luput, menyusun dan memastikan stok sentiasa mencukupi.
- Memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik, membantu pelanggan memilih produk kesihatan yang sesuai.
- Mempromosikan produk farmasi secara aktif dengan memberikan maklumat yang tepat dan profesional kepada pelanggan.
- Memberi penerangan mengenai suplemen dan produk kesihatan kepada pelanggan berdasarkan keperluan mereka.
- Membina hubungan baik dengan pelanggan, memastikan pengalaman membeli yang mesra dan berkualiti.
- Menyokong operasi harian farmasi, termasuk mengendalikan sistem pembayaran dan membantu dalam tugas pentadbiran.
- Bekerjasama dengan pasukan farmasi untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti dan memenuhi kepuasan pelanggan.
- Memastikan kebersihan dan kekemasan di dalam farmasi bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan selesa.
Kelayakan yang diperlukan:
- Minimum SPM / Diploma dalam Farmasi, Sains, atau bidang berkaitan (diutamakan).
- Mempunyai pengalaman bekerja di farmasi/klinik (kelebihan tambahan).
- Mampu bekerja dalam pasukan dan menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja yang pantas.
- Bersikap mesra, bertanggungjawab, dan proaktif dalam membantu pelanggan serta menjalankan tugas harian.
- Sanggup bekerja mengikut syif.
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM1,700.00 - RM2,400.00 per month
Benefits:
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Professional development
Application Question(s):
Experience:
- healthcare/pharmacy: 1 year (Preferred)
Work Location: In person