Bersedia untuk langkah seterusnya dalam kerjaya anda?
Kami mencari individu yang bertanggungjawab, proaktif dan selesa memimpin pasukan kami.
Sebagai Penyelia Stesen merangkap Penyelaras HSE, anda akan memainkan peranan penting dalam memastikan operasi stesen berjalan dengan selamat, teratur dan cekap, sambil menjaga standard perkhidmatan pelanggan, kedai dan kawasan station.
Tanggungjawab Utama
- Menyelia operasi harian stesen dan bertindak sebagai Person-In-Charge (PIC) apabila Pengurus atau Rakan Niaga tiada.
- Mengurus perkara berkaitan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (HSE) serta memastikan pematuhan SOP syarikat, keperluan PETRONAS dan peraturan berkaitan.
- Membimbing dan memantau pekerja dari segi keselamatan, disiplin, khidmat pelanggan dan standard operasi.
- Menjalankan pemeriksaan kawasan pam dan stesen serta memastikan sebarang isu keselamatan diambil tindakan segera.
- Menyelaras proses penerimaan dan pemunggahan bahan api dengan selamat serta memastikan dokumentasi lengkap.
- Mengurus operasi kedai termasuk merchandising, planogram, label harga, promosi, penyusunan produk dan stock rotation.
- Memantau stok, pesanan, penerimaan barang, replenishment, barang rosak atau luput serta kawalan inventori.
- Berurusan dengan pembekal berkaitan pesanan, penghantaran, kekurangan barang, pemulangan dan isu operasi.
- Menyemak dan mengurus dokumen seperti invoice, delivery order dan credit note.
- Memantau transaksi tunai dan tanpa tunai, rekonsiliasi serta rekod operasi.
- Membantu persediaan audit, checklist, dokumentasi dan tindakan pembetulan.
- Mengendalikan pertanyaan atau aduan pelanggan secara profesional.
- Membantu pelaksanaan promosi, kempen dan aktiviti pemasaran stesen.
Apa Yang Kami Tawarkan
- Gaji yang kompetitif.
- Insentif berdasarkan prestasi dan KPI.
- Bayaran OT.
- Caruman KWSP & PERKESO.
- Latihan dan pendedahan dalam operasi retail petroleum.
- Persekitaran kerja yang mesra dan saling membantu.
- Peluang untuk belajar, memimpin dan berkembang ke peranan yang lebih besar.
Jika anda seorang yang teliti, mementingkan keselamatan, boleh memimpin pasukan dan mahu berkembang dalam bidang operasi retail, kami ingin mengenali anda.
Mohon sekarang dan sertai pasukan kami!