- Hulu Langat, Selangor Hulu Langat WP Kuala Lumpur Malaysia
Working Location
Job Description
Responsibilities
Kami sedang mencari seorang Pembantu Butik Pengantin yang mesra, berkeyakinan, dan berorientasikan pelanggan untuk menyertai pasukan PP Signature Bridal. Anda akan menjadi wajah utama butik kami, membantu bakal pengantin mencari Baju Pengantin yang sesuai, dari pertanyaan pertama hinggalah sesi fitting terakhir.
Tanggungjawab Utama
Menyambut pelanggan dan menyediakan pengalaman butik yang mesra dan profesional
Menjawab pertanyaan pelanggan melalui WhatsApp, telefon, dan secara bersemuka dengan pantas
Memahami keperluan pelanggan dan mencadangkan Baju Pengantin, pakej sewaan, dan pilihan tempahan khas yang sesuai
Membantu pelanggan dalam pemilihan busana, styling, warna, saiz, dan fitting
Menguruskan temujanji, tempahan, dan pembayaran pelanggan dengan teratur
Memproses pembayaran pelanggan dan menyelenggara rekod tempahan dengan tepat
Bekerjasama rapat dengan pasukan untuk memastikan setiap Baju Pengantin siap tepat pada masanya dan memenuhi standard kualiti PP Signature
Sentiasa mengetahui koleksi terkini, fabrik, pakej, dan perkhidmatan PP Signature
Melakukan jahitan tangan, manik, dan tampalan lace pada koleksi semasa, koleksi baharu, dan tempahan pelanggan
Memastikan butik sentiasa kemas, tersusun, dan bersedia untuk pelanggan pada setiap masa
Mematuhi prosedur syarikat dan menyokong operasi harian butik
Mencapai kuota dan sasaran jualan bulanan yang ditetapkan
Kelayakan
Fresh graduate dari bidang Fesyen, Jahitan, atau berkaitan digalakkan memohon
Pengalaman dalam jahitan atau alteration pakaian adalah kelebihan
Boleh menggunakan mesin jahit industri adalah keutamaan
Teliti dan komited terhadap kualiti kerja
Pandai mengurus masa dan boleh menyiapkan tugasan mengikut tarikh ditetapkan
Mesra, berkeyakinan, dan berorientasikan pelanggan
Bersedia bekerja pada hujung minggu dan cuti umum semasa musim puncak perkahwinan
Calon dari kawasan Kajang Perdana atau sekitarnya diutamakan
Gaji & Faedah
Gaji Pokok: RM1,800 – RM2,000+ sebulan (berdasarkan pengalaman)
Insentif Jualan: Komisyen bulanan (RM750+) layak dituntut apabila kuota jualan bulanan dicapai
Bonus Prestasi: Insentif untuk pencapaian jualan yang konsisten
Faedah Lain: Cuti Tahunan, Cuti Haid, KWSP/PERKESO, dan peluang kenaikan pangkat
Important Information
Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.