jobs in Mulia Property Deveploment Sdn Bhd

Full Time Pembantu Pembersihan- Housekeeping (Cleaner) Jobs, Salary up to MYR 2,500 in Mulia Property Deveploment Federal Territory - Maukerja

Pembantu Pembersihan- Housekeeping (Cleaner)

Mulia Property Deveploment Sdn Bhd

KL City, Federal Territory

Share
Save

Working Location

  • Kuala Lumpur Federal Territory Malaysia

Job Description

Responsibilities

Bertanggungjawab memastikan tahap kebersihan, kekemasan dan keselesaan yang tinggi di seluruh kawasan Pejabat Pengurusan, termasuk ruang pejabat, bilik mesyuarat, tandas, lobi, pantri dan kawasan umum.

Jawatan ini juga bertanggungjawab membantu menyediakan minuman dan layanan asas kepada pihak Pengurusan, orang kenamaan (VIP) dan tetamu apabila diperlukan.

Tanggungjawab Utama

1. Housekeeping & Kebersihan

  • Melaksanakan kerja-kerja pembersihan harian di Pejabat Pengurusan, lobi, bilik mesyuarat, tandas, pantri dan kawasan umum.
  • Menyapu, vacuum dan mop lantai serta memastikan semua kawasan sentiasa bersih daripada habuk, kotoran dan kesan tumpahan.
  • Membersihkan dan mengelap meja, kerusi, kabinet, kaunter, pintu, permukaan kaca serta kelengkapan pejabat.
  • Memastikan ruang kerja pihak Pengurusan sentiasa bersih dan kemas tanpa mengganggu dokumen atau barangan peribadi.
  • Mengosongkan tong sampah secara berkala dan memastikan sampah dibuang dengan betul.
  • Melakukan spot cleaning atau pembersihan segera sekiranya terdapat kotoran atau tumpahan.
  • Memastikan semua kawasan Pejabat Pengurusan sentiasa bersih, kemas dan presentable sepanjang waktu bekerja.

2. Penjagaan Tandas / Washroom

  • Membersihkan dan sanitasi tandas, sinki, cermin, kaunter dan kelengkapan tandas.
  • Membuat pemeriksaan berkala sepanjang hari bagi memastikan tandas sentiasa bersih dan selesa digunakan.
  • Memastikan bekalan seperti tisu tandas, sabun tangan, tisu dan keperluan lain sentiasa mencukupi.
  • Melaporkan sebarang kerosakan seperti kebocoran, paip tersumbat atau kerosakan kelengkapan kepada pihak berkaitan dengan segera.

3. Bilik Mesyuarat, Lobi & Kawasan Umum

  • Memastikan bilik mesyuarat sentiasa bersih, kemas dan sedia digunakan sebelum setiap mesyuarat.
  • Membersihkan dan menyusun semula bilik mesyuarat selepas digunakan.
  • Mengelap meja, kerusi dan permukaan lain serta memastikan susunan bilik berada dalam keadaan teratur.
  • Memastikan lobi dan kawasan umum Pejabat Pengurusan sentiasa bersih dan presentable.
  • Membantu menyediakan keperluan asas bilik mesyuarat seperti air minuman, cawan dan refreshments.
  • Melakukan pembersihan segera selepas mesyuarat, lawatan orang kenamaan (VIP) atau acara Pengurusan apabila diperlukan.

4. Pantri & Penyediaan Minuman

  • Memastikan pantri Pejabat Pengurusan sentiasa bersih dan teratur.
  • Membasuh dan menyimpan cawan, gelas, pinggan, sudu garpu dan peralatan hidangan dengan baik.
  • Menyediakan dan menghidangkan teh, kopi, air minuman serta light refreshments kepada pihak Pengurusan dan tetamu apabila diperlukan.
  • Menyediakan refreshments untuk mesyuarat Pengurusan, lawatan VIP atau acara rasmi.
  • Mengemas dan membersihkan cawan, gelas serta hidangan selepas mesyuarat.
  • Memantau stok pantri seperti kopi, teh, gula, susu, air mineral, makanan ringan dan barangan keperluan lain.
  • Memaklumkan kepada pihak berkaitan sekiranya stok perlu ditambah.

5. Sokongan kepada Pengurusan & VIP

  • Memberikan layanan yang sopan, profesional dan mesra kepada pihak Pengurusan, orang kenamaan (VIP) serta tetamu rasmi.
  • Peka terhadap jadual mesyuarat dan membantu menyediakan bilik mesyuarat serta refreshments lebih awal apabila diperlukan.
  • Memberikan respon yang cepat terhadap keperluan housekeeping atau hospitality daripada pihak Pengurusan.
  • Menjaga tingkah laku dan tahap profesionalisme terutama ketika mesyuarat atau perbincangan sulit sedang berlangsung.
  • Menjaga kerahsiaan dan privasi berkaitan sebarang maklumat, dokumen, perbualan atau aktiviti yang dilihat atau didengar semasa menjalankan tugas di Pejabat Pengurusan.

6. Keselamatan & Tugas Am

  • Menggunakan bahan pencuci, peralatan dan mesin pembersihan dengan cara yang betul dan selamat.
  • Memastikan semua peralatan dan bahan pembersihan disimpan dengan kemas selepas digunakan.
  • Melaporkan segera sebarang kerosakan, tumpahan, bahaya keselamatan atau keadaan luar biasa yang ditemui.
  • Membantu keperluan housekeeping bagi mesyuarat, acara Pengurusan atau majlis khas apabila diperlukan.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan housekeeping, pantri dan hospitaliti bagi Pejabat Pengurusan seperti yang diarahkan.

Kelayakan & Keperluan

  • Pengalaman dalam pembersihan pejabat, hotel, hospitaliti atau bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
  • Pengalaman mengurus atau memberikan layanan kepada Pengursan Tinggi, Pegawai Eksekutif atau orang kenamaan (VIP) adalah satu kelebihan.
  • Mempunyai pengetahuan asas mengenai kaedah pembersihan dan tahap kebersihan yang baik.
  • Seorang yang bersih, kemas, sopan dan berpenampilan baik.
  • Bertanggungjawab, amanah, menepati masa dan teliti dalam menjalankan tugas.
  • Mampu bekerja secara berdikari dengan pemantauan minimum.
  • Boleh memahami arahan dan memberikan tindakan dengan cepat apabila diperlukan.
  • Selesa bekerja dalam persekitaran pejabat pengurusan tertinggi
  • Mempunyai tahap berhemah, kerahsiaan dan hormat pada privasi yang tinggi.
  • Sihat tubuh badan dan mampu menjalankan tugas housekeeping secara rutin.

Job Type: Full-time

Pay: RM1,700.00 - RM2,500.00 per month

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More