Runner Temerloh – Poji’s Tempe
1. Penghantaran Produk
- Menghantar tempe ke pasar raya, kedai runcit dan pelanggan mengikut jadual yang ditetapkan.
- Memastikan penghantaran dibuat tepat masa, dalam keadaan baik dan mengikut laluan penghantaran (route) yang telah disusun oleh pihak HQ.
- Menyemak jumlah pesanan sebelum penghantaran dan memastikan kuantiti diterima pelanggan adalah tepat.
2. Kutipan & Pemulangan
- Membuat kutipan wang tunai, slip pembayaran, atau dokumen penghantaran daripada pelanggan (jika berkenaan).
- Mengurus produk return (tempe rosak / tidak laku) dan memulangkannya ke kilang atau stor mengikut SOP.
- Menyediakan laporan penghantaran dan kutipan harian kepada penyelia.
3. Kenderaan & Stok
- Menjaga kebersihan dan penyelenggaraan kenderaan syarikat / kenderaan sendiri yang digunakan untuk penghantaran.
- Memastikan tempe disusun kemas, tidak terdedah kepada haba, dan dalam keadaan selamat semasa perjalanan.
- Memastikan semua barangan dan dokumen berkaitan (invoice, DO, resit) lengkap sebelum keluar penghantaran.
4. Laporan & Komunikasi
- Melaporkan status penghantaran kepada penyelia setiap hari.
- Memberi maklum balas segera jika terdapat pelanggan yang menambah, menunda, atau membatalkan pesanan.
- Membantu dalam pengumpulan maklumat pasaran (contohnya stok pesaing, permintaan kedai, maklum balas pelanggan).
5. Sikap & Tanggungjawab
- Sentiasa menjaga imej syarikat (berpakaian kemas, sopan, berdisiplin dan jujur).
- Bekerjasama dengan pasukan lain seperti operator dan supervisor outlet bagi memastikan kelancaran operasi.
- Mematuhi jadual kerja dan arahan penyelia dengan baik.
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month
Benefits:
- Meal allowance
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person