KOPUTRA sedang mencari calon yang berpengalaman dan berminat dalam bidang pengurusan hartanah, pembangunan hartanah serta pengurusan aset tak alih untuk menyertai pasukan kami.
SKOP TUGAS
Pemilikan Baharu Harta Tak Alih
- Menjalankan kajian, penilaian dan menyediakan kertas kerja bagi cadangan pembelian hartanah dan aset tak alih
- Membuat semakan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan status hartanah termasuk pemilikan, sekatan, zoning dan perkara berkaitan
- Menguruskan keperluan pembelian seperti pelantikan jurunilai, khidmat guaman dan pihak berkaitan tertakluk kepada kelulusan ALK
- Menyediakan dokumen dan permohonan Garis Panduan (GP) kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi pemilikan hartanah dan aset tak alih
- Menjalankan kajian berkaitan kaedah pembelian dengan mengambil kira aspek pembiayaan, ROI, pulangan pelaburan dan faktor berkaitan
Pengurusan Harta Tak Alih Sedia Ada
- Membantu menguruskan penyewaan bangunan milik KOPUTRA dan unit kedai R&R Beranang (Utara & Selatan)
- Mengemaskini rekod bangunan dan aset tak alih milik KOPUTRA
- Memantau kutipan hasil sewaan bulanan daripada penyewa
- Memantau keadaan dan penyelenggaraan bangunan sewaan
- Memastikan bayaran cukai pintu, cukai tanah dan kos berkaitan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan
- Membantu menguruskan proses pelupusan atau penjualan harta tak alih termasuk urusan ejen hartanah, guaman dan pihak berkaitan tertakluk kepada kelulusan ALK
- Menyediakan dan menguruskan penghantaran GP kepada SKM bagi tujuan pelupusan harta tak alih
Pembangunan Hartanah
- Membantu mengkaji dan melaksanakan cadangan projek pembangunan hartanah yang telah diluluskan
- Memantau pelaksanaan projek dan pencapaian sasaran jualan
- Menyediakan dokumen dan permohonan GP kepada SKM berkaitan pembangunan hartanah
Pentadbiran
- Mengurus, memantau dan menyelenggara rekod serta fail berkaitan pembangunan hartanah
- Memastikan dokumen dan rekod hartanah disimpan dengan teratur, lengkap dan selamat
- Memastikan pematuhan kepada pelaksanaan sistem 5S
TUGAS LAIN
- Melaksanakan tugasan rasmi KOPUTRA yang diarahkan oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Ketua Pegawai Operasi Perniagaan dari semasa ke semasa
KEPERLUAN CALON
- Diploma / Ijazah dalam bidang Hartanah, Pengurusan Hartanah, Pengurusan Perniagaan, Perniagaan, atau bidang berkaitan
- Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan hartanah, pembangunan hartanah, pengurusan aset atau bidang berkaitan
- Mempunyai pengetahuan berkaitan urusan PBT, cukai tanah, cukai pintu, penyewaan dan dokumentasi hartanah adalah satu kelebihan
- Mempunyai kemahiran dalam penyediaan kertas kerja, laporan dan dokumentasi
- Mempunyai kemahiran komunikasi, rundingan dan pengurusan pihak berkepentingan yang baik
- Mampu bekerja secara berdikari serta dalam pasukan
- Mempunyai kemahiran Microsoft Office
Pay: RM2,000.00 - RM2,800.00 per month
Benefits:
- Dental insurance
- Health insurance
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Parental leave
- Professional development
Work Location: In person