TUJUAN JAWATAN
Bertanggungjawab membantu dalam penyediaan makanan dan operasi harian Banquet Kitchen bagi memastikan semua hidangan disediakan mengikut resipi, standard kualiti, kuantiti, persembahan serta masa yang telah ditetapkan.
TANGGUNGJAWAB UTAMA
- Membantu menyediakan bahan mentah dan membuat mise en place sebelum operasi dapur bermula.
- Menyediakan dan memasak makanan mengikut menu, resipi dan arahan Chef.
- Membantu menyediakan makanan untuk banquet, buffet, function, event dan majlis-majlis yang dijalankan.
- Memastikan makanan yang disediakan menepati standard rasa, kualiti, portion dan persembahan.
- Memastikan semua bahan mentah diperiksa dari segi kualiti dan kesegaran sebelum digunakan.
- Memastikan bahan makanan disimpan dengan betul dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Mengamalkan sistem FIFO (First In, First Out) dalam penyimpanan dan penggunaan bahan makanan.
- Membantu Chef dalam penyediaan makanan dalam jumlah yang banyak mengikut keperluan banquet.
- Memastikan makanan disediakan mengikut masa yang ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan semasa function.
- Memastikan kawasan kerja, dapur, peralatan dan perkakas sentiasa bersih dan teratur.
- Mematuhi semua prosedur kebersihan, keselamatan makanan dan keselamatan tempat kerja.
- Membantu memastikan stok bahan mentah dan keperluan dapur mencukupi.
- Memaklumkan kepada Chef sekiranya terdapat kekurangan stok, bahan rosak atau masalah peralatan.
- Menggunakan peralatan dapur dengan betul dan selamat.
- Membantu dalam kerja-kerja pembersihan dan penutupan dapur selepas operasi selesai.
- Bekerjasama dengan semua kakitangan dapur bagi memastikan operasi Banquet Kitchen berjalan lancar.
- Mematuhi arahan dan tugasan yang diberikan oleh Chef atau pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
KELAYAKAN & KEPERLUAN
- Minimum SPM atau Sijil/Diploma dalam bidang Kulinari adalah satu kelebihan.
- Mempunyai pengalaman dalam bidang kitchen atau banquet adalah satu kelebihan.
- Mempunyai pengetahuan asas mengenai penyediaan dan teknik memasak makanan.
- Mempunyai pengetahuan mengenai kebersihan dan keselamatan makanan.
- Mampu bekerja dalam persekitaran dapur yang pantas dan sibuk.
- Mampu bekerja secara berpasukan serta menerima arahan dengan baik.
- Bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai sikap positif.
- Bersedia bekerja secara syif, hujung minggu dan cuti umum.
- Bersedia bekerja lebih masa apabila diperlukan, terutama semasa banquet atau function.
- Mempunyai tahap kebersihan diri yang baik dan sentiasa menjaga kekemasan diri.
Pay: RM1,700.00 - RM2,500.00 per month
Work Location: In person