Majlis Konvokesyen Program Perantis Vokasional.
KUALA LUMPUR, 20 Sept 2020 – Kuala Selangor: McDonald's Malaysia menyasarkan 15,000 graduan menerusi Program Perantis Akademi Vokasional McDonald's dalam tempoh empat tahun akan datang.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Datuk Azmir Jaafar berkata, program terbabit adalah program latihan berasaskan industri yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald's dan 30 peratus pembelajaran teori.
"Kami juga menggalakkan belia asnaf untuk menyertai program perintis untuk dalam usaha untuk menaik taraf kehidupan seterusnya boleh terus bekerja bersama McDonald's.
"Belia yang menyertai program ini ditaja sepenuhnya membabitkan elaun bulanan, tempat tinggal, manfaat perubatan dan insurans serta makan minum percuma," katanya dalam sidang selepas Majlis Konvokesyen Program Perantis Vokasional McDonald's ke-3 di Kampus Puncak Alam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor, di sini, hari ini.
Dalam majlis itu, seramai 400 graduan diraikan selepas berjaya menamatkan latihan di bawah Program Perantis Vokasional McDonald's.
Perantis Terbaik (Keseluruhan) dianugerahkan kepada Khor Wei Nern, Perantis Terbaik (Penilaian Teori) Mohd Danial Yahya dan Perantis Terbaik (Penilaian Praktikal) Abdul Khan Edwin.s
Sementara itu, Mohd Danial berkata, McDonald's memberikan jaminan kerjaya selain menjadikan dirinya sebagai belia berdaya saing.
"Saya mula bekerja di McDonald's sebaik tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan melihat jenama ini memberi jaminan kerjaya yang baik pada masa depan.
"Ilmu yang diperoleh sepanjang latihan akan digunakan sebaik mungkin dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan," katanya yang berasal dari Johor Bahru.
Kepada para belia yang ingin menyertai Program Perantis Vokasional McDonald’s, sila layari https://www.maukerja.my/mcd/.
Sumber: McDonald's.com
McDonald’s Pandu-Lalu Bagan Ajam.
SEBERANG PERAI, 16 Februari 2020 – Pembukaan restoran terbaharu McDonald’s Malaysia di Pulau Pinang, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Bagan Ajam telah membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Bukan itu sahaja, pembukaan restoran ini secara langsung membolehkan McDonald’s Malaysia menyantuni golongan masyarakat yang memerlukan di sekitar lokasi operasinya, seterusnya membantu meringankan beban mereka.
Program Komuniti McDonald’s yang diadakan di restoran terbaharu McDonald‘s di negeri ini, dirasmikan oleh YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan.
Majlis ini menyaksikan McDonald’s Malaysia menyerahkan sijil pelantikan kepada belia-belia Pulau Pinang dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai Perantis Vokasional McDonald’s. Sejumlah sumbangan turut diberikan kepada persatuan-persatuan kebajikan di kawasan ini.
“Pembukaan restoran terbaharu kami secara langsung mampu merancakkan ekonomi negeri, namun apa yang paling penting adalah bagaimana ia turut memberi kesan kepada masyarakat. Selain pertambahan peluang pekerjaan, semoga perkembangan perniagaan kami di Pulau Pinang membolehkan lebih banyak golongan masyarakat yang kurang bernasib baik dibantu. Bertepatan dengan nilai teras syarikat, McDonald’s Malaysia sentiasa komited mewujudkan impak positif kepada komuniti di sekitar lokasi operasinya. Sepanjang tahun lalu misalnya, lebih 10,000 aktiviti kemasyarakatan telah diadakan oleh lebih 290 restoran McDonald’s di seluruh negara, dengan purata dua hingga tiga aktiviti sebulan,“ kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.
Seiring dengan pelan pertumbuhan McDonald’s, syarikat khidmat segera ini menyasarkan mewujudkan 450 restoran menjelang 2025, termasuk 35 di Pulau Pinang. McDonald’s Pandu-Lalu Bagan Ajam merupakan restorannya yang ke-24 di Pulau Pinang.
“Perkembangan perniagaan McDonald’s Malaysia di sini bermakna negeri ini mempunyai potensi ekonomi yang mantap. Impak positifnya pula kepada masyarakat merupakan sesuatu yang amat saya banggakan, seiring dengan hasrat kerajaan memastikan pertumbuhan sosioekonomi mapan yang berterusan untuk rakyat,“ kata YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan.
Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui Perantis Vokasional McDonald’s
Perantis Vokasional McDonald’s merupakan program latihan berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program yang ditaja sepenuhnya oleh McDonald’s Malaysia ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.
"Kami teruja mengalu-alukan para belia dari negeri Pulau Pinang untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri, dan seterusnya memulakan kerjaya yang menjamin masa depan, seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.
Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2018, Perantis Vokasional McDonald’s telah melatih 1,200 belia di seluruh negara.
Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.
Sumber: McDonald's.com
McDonald's Sasar 10,000 Peluang Pekerjaan
KUALA LUMPUR: McDonald's Malaysia menyasarkan 10,000 peluang pekerjaan dengan matlamat membuka 450 restoran rangkaiannya, menjelang 2025.
Sumber tenaga kerja itu adalah sebahagian daripada pelan pertumbuhan sedekad perniagaan McDonald's Malaysia di bawah pemilikan baharu, Reza Group membabitkan pelaburan lebih RM1.4 bilion.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar, berkata sehingga ini, 265 rangkaian syarikat makanan segera ini sudah memiliki lebih 12,000 tenaga kerja.
"Sepanjang 35 tahun McDonald's di Malaysia, kami sudah memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di seluruh negara," katanya ketika berucap pada Majlis Pembukaan Restoran McDonald's Bukit Bintang di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Jamil Salleh.
Mengulas lanjut, Azmir berkata, sebahagian daripada pelaburan terbabit iaitu antara RM50 juta hingga RM100 juta diperuntukkan untuk melaksanakan transformasi teknologi baharu terhadap semua rangkaian restorannya.
Katanya, berkonsepkan restoran moden, inovatif, mudah dan cepat, transformasi berkenaan bakal dilaksanakan secara berperingkat untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
"Antara transformasi dilakukan adalah pelanggan McDonald's kini tidak perlu beratur panjang kerana mereka boleh menggunakan kiosk layan diri atau 'self-ordering kiosk' (SOK) untuk membuat pesanan dan pembayaran.
"Selain menjimatkan masa ketika keluar rehat waktu kerja, SOK juga menyediakan khidmat transaksi tanpa tunai bagi memudahkan pelanggan membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit.
"Pelanggan mendapat kemudahan lain yang sudah dinaiktaraf seperti stesen pengecasan alat mudah alih, penyediaan WiFi berkelajuan tinggi serta papan menu digital untuk menu dan promosi terkini," katanya.
Azmir berkata, sepanjang empat tahun lalu, harga menu McDonald's hanya mengalami dua hingga tiga peratus setahun kenaikan bagi memenuhi keperluan kos yang semakin meningkat serta kadar inflasi makanan kebangsaan di antara 3.5 hingga 4.5 peratus.
"Kami komited memastikan harga tidak jauh beza daripada harga runcit dengan meletakkan rangkaian restoran popular sebagai penanda aras seperti gerai penjaja dan restoran mamak bagi mengekalkan nilai hebat dengan harga serendah RM5.99.
"Itulah fokus utama harga terhebat dan rendah untuk semua hidangan sekali gus bukti komitmen terhadap pelanggan," katanya.
Sumber: BHPlus
SLDN McDonald's Tingkat Tahap Kompentensi Pekerja.
McDonald’s Malaysia mendapat pengikirafan penting dalam pembangunan modal insan yang diberikan oleh Kementerian Sumber Manusia sebagai penyedia program latihan di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
Pencapaian ini menunjukkan komitmen McDonald’s dalam menyokong agenda negara bagi membolehkan Malaysia mencapai sasaran 35 peratus pekerja berkemahiran dari keseluruhan tenaga kerja menjelang tahun 2020.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, penyertaan McDonald’s dalam SLDN dan pengiktiran yang diterima bakal meningkatkan piawaian syarikat dalam inisiatif pembangunan modal insan.
“McDonald’s Malaysia sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan tahap kompetensi kakitangannya sebagai sebahagian daripada komitmen mewujudkan kepelbagaian dalam pasukan dan menghasilkan kakitangan yang terlatih," katanya pada Majlis Pelancaran SLDN McDonald’s yang dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri Richard Riot Anak Jaem.
Katanya, selain menerima manfaat dari tajaan penuh bagi program latihan, setiap pelatih diberi elaun hidup sebanyak RM1,200, manfaat perubatan dan insurans serta makanan percuma.
“Ini akan membantu peserta fokus dalam pembelajaran dan mendapatkan kemahiran sewajarnya tanpa bimbang keperluan kewangan harian mereka,” katanya.
Disamping itu, Azmir turut menjangkakan masa hadapan yang baik untuk McDonald’s.
“Kami mempunyai pelan pembangunan yang bukan sahaja mencerminkan perniagaan yang berkembang positif, tetapi mampu meningkatkan status ekonomi rakyat Malaysia.
“Menjelang tahun 2025, kami mensasarkan kewujudan 450 buah restoran dan tambahan 10,000 peluang pekerjaan dari 12,000 tenaga kerja sekarang,” katanya.
McDonald’s merupakan pengendali restoran khidmat segera pertama yang menerima pengiktirafan SLDN daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Sumber: Karangkraf
Peluang Untuk Anak-Anak Sambung Belajar, Yuran ‘FREE’ & Dapat Elaun RM1,200 Setiap Bulan!!
Selepas tamat pengajian, ramai ibu bapa yang sudah mula membuat perancangan untuk menghantar anak masing-masing ke pusat pengajian tertentu. Namun, kos pengajian yang tinggi sering kali menjadi penghalang bagi sesetengah ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Bagi ibu bapa yang sedang mengalami masalah ini, kami mencadangkan supaya anda menghantar anak-anak anda menyertai program Perantis Sistem Latihan Dual National (SLDN) ini. Program ini diusahasamakan oleh majikan terbaik 2009, 2011, 2013 dan 2017 iaitu McDonald’s.
Perantis SLDN adalah program pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan. Menawarkan perantis pembelajaran didalam kelas (30%) dan praktikal (70%) di syarikat penajaan. Selepas program selesai, pelatih akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). SKM tahap 2 dan 3.
>> MOHON PROGRAM PERANTIS SLDN <<
Terdapat 3 jenis program sijil kemahiran yang anda boleh peroleh iaitu:
- Sijil Kemahiran Malaysia dalam Perkhidmatan Makanan ( Food Services)
- Sijil Kemahiran Malaysia Barista
- Sijil Kemahiran Malaysia Juruteknik ( Technician )
Pelatih akan dibahagikan kepada dua silibus pembelajaran iaitu Penyediaan Makanan dan Layanan & Pentadbiran, berikut adalah bab pembelajaran untuk semua pelatih
Penyediaan Makanan & Layanan :
- Fast Food Safety – Health & Hygiene Practices
- Fast Food Equipment Fire Up Activities
- Fast Food & Beverages Preparation
- Fast Food Customer Support Services
- Fast Food Catering & Events Activities
- Fast Food Cashiering Handling
- Fast Food Product Receiving & Storing
- Fast Food Deliveri Activities
Pentadbiran :
- Fast Food Administrative Operations
- Fast Food Quality Control
- Handling Customer Complaint In Fast Food Services
- Fast Food Cash Controlling
Syarat Permohonan
- Berumur 18 tahun dan keatas
- Terbuka kepada perantis lelaki dan perempuan.
- Mempunyai kelayakan akademik SPM atau setaraf
- Berminat untuk mendalami bidang Perkhidmatan Makanan
- Warganegara Malaysia
- Boleh Membaca, Menulis serta Mengira
- Sihat Tubuh Badan dan lulus pemeriksaan kesihatan
- Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris
Ini kerana tempoh latihan dan kursus selama 18 bulan, selain itu latihan cuma 8 jam sehari dan 6 hari seminggu sahaja. Malah anda akan diserap masuk menjadi staff tetap sejurus sahaja tamat latihan, bahkan 2 jenis sijil kemahiran menjadi milik anda!
Pastikan anda memiliki akaun bank Maybank, kerana bayaran RM 1,200 sebulan akan diberikan kepada pelatih setiap hujung bulan! Bukan itu sahaja, pelatih akan menerima faedah perubatan dari Klinik Panel tau! Bukan itu saja, ada perlindungan insurans siap dengan makanan percuma lagi! Kursus Keselamatan Makanan juga akan ditaja sepenuhnya, bersertakan suntikan Typhoid.
Lokasi pembelajaran akan dijalankan di outlet-outlet :
- McDonald’s NKVE DT
- McDonald’s Kota Damansara DT
- McDonald’s Damansara Damai
- McDonald’s TTDI
- McDonald’s Bandar Sri Damansara DT
Sumber: Berita Kopak
Syarikat Multinasional Digalak Sertai SLDN.
PETALING JAYA : Syarikat multinasional digalakkan menyertai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dalam usaha mencapai sasaran kerajaan sebanyak 35 peratus pekerja mahir menjelang tahun 2020.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem, berkata sejak diperkenalkan pada 2005, SLDN berjaya melatih 106,769 perantis membabitkan pentauliahan sebanyak 5,479 syarikat dan 2,679 pusat latihan.
Katanya, SLDN yang mengambil model dari Jerman, adalah konsep latihan industri membabitkan 70 peratus latihan praktikal, manakala 30 peratus lagi teori dan pembelajaran dalam kelas.
"Program berkenaan berupaya melahirkan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan tinggi selaras dengan keperluan industri.
"Malah komposisi tenaga kerja mahir dalam negara mencatat 31 peratus, berbanding hanya 28 peratus pada tahun 2015 lalu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan program SLDN McDonald´s Malaysia, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar.
McDonald's Malaysia diumumkan sebagai restoran makanan segera pertama menerima sijil pentauliahan SLDN daripada Kementerian berkenaan.
Kumpulan pertama program SLDN McDonald's Malaysia bermula Mac, terdiri daripada 30 perantis merangkumi pekerja sedia ada dan pekerja baharu.
Sepanjang tempoh 18 bulan latihan, perantis turut diberikan elaun RM1,200 selain manfaat perubatan dan insurans serta makanan percuma.
Sementara itu Azmir, berkata pencapaian itu bukan sahaja menunjukkan komitmen syarikat dalam membolehkan negara mencapai sasaran 35 peratus pekerja berkemahiran daripada keseluruhan tenaga kerja menjelang tahun 2020, tetapi menjadi pengendali restoran khidmat makanan segera pertama menerima pengiktirafan SLDN daripada kerajaan.
Katanya, pihaknya sentiasa berusaha tingkatkan kompetensi kakitangan dalam usaha meningkatkan kepelbagaian dan pekerja terlatih.
"Kami percaya inisiatif pembangunan modal insan ini seiring dengan agenda peringkat kebangsaan.
"Kami berharap program ini berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi seiring Rancangan Malaysia ke 11," katanya.
Menjelang akhir tahun ini, katanya syarikat merancang mewujudkan 100 pusat latihan dengan sasaran 1,000 peserta.
Azmir berkata pihaknya memiliki pelan pembangunan yang bukan sahaja mencerminkan perniagaan yang berkembang positif, tetapi turutmampu meningkatkan status ekonomi rakyat Malaysia.
"Menjelang tahun 2025, kami mensasarkan kewujudan 450 restoran dan tambahan 10,000 peluang pekerjaan dari 12,000 tenaga kerja sekarang," katanya.
Sumber: Berita Harian
McDonald’s Malaysia is now a certified institution for the National Dual Training System (SLDN).
Petaling Jaya, 27 February 2018 – McDonald’s Malaysia has achieved another milestone in human capital development following the accreditation by the Ministry of Human Resources Malaysia to the company as provider of apprenticeship programmes under the National Dual Training System (Sistem Latihan Dual Nasional).
The achievement underscores McDonald’s commitment to support the government’s agenda for Malaysia to achieve 35 percent skilled workers by 2020. It is the first quick-service restaurant operator to be awarded the SLDN accreditation by the Department of Skills Development (DSD) of the Ministry of Human Resources.
Currently, there are five SLDN-approved McDonald’s practical training locations. These are:
- McDonald’s Kota Damansara restaurant
- McDonald’s NKVE restaurant
- McDonald’s Damansara Damai restaurant
- McDonald’s TTDI restaurant
- McDonald’s Bandar Sri Damansara restaurant
McDonald’s Training Centre at Menara TH, Petaling Jaya, is the SLDN-approved classroom training centre.
By the end of the year, a total of 100 McDonald’s restaurants will be certified as practical training locations, involving approximately 1,000 apprentices. The restaurants are located in the Klang Valley, Johor Bahru and Penang.
McDonald’s Malaysia Managing Director and Local Operating Partner, Azmir Jaafar, said McDonald’s participation in the SLDN and the recognition that comes with it will elevate the standards of the company’s human capital development initiatives.
“McDonald’s Malaysia has consistently been seeking ways to improve the competency level of its employees as part of our commitment to produce a diverse team of well-trained employees
“We believe that our human capital development initiatives are in line with the national human resource agenda which we strongly support. We hope the McDonald’s SLDN apprentice programme will in a way become a catalyst in helping the country achieve human resource efficiency to accelerate economic growth as aspired under the 11th Malaysia Plan,” he said at the McDonald’s SLDN launch ceremony, which was officiated by Human Resources Minister, Dato’ Seri (Dr.) Richard Riot Anak Jaem.
At the ceremony, managers representing the six McDonald’s training locations received the SLDN recognition certificates from the Minister. Dato’ Seri (Dr) Richard Riot also handed over recognition certificates to five McDonald’s industry experts who are involved in the SLDN programme. The industry experts are recognised and certified based on their years of working experience and contribution towards the company.
Azmir said McDonald’s is committed to bringing out the best of its potential employees. Not only is participation in SLDN a career progression for employees, it is also great corporate social responsibility initiative for the company. “Besides benefitting from full sponsorship of the training programme, each apprentice is given a monthly living allowance of RM1,500, medical and insurance benefits, as well as free meals.
Azmir said McDonald’s is looking forward to exciting times ahead. “We have a growth plan that not only reflect the well-being of our business but will eventually lead to the elevation of the economic status of many Malaysians.
“By 2025, we target to have 450 restaurants and create another 10,000 jobs to the current workforce of 12,000,” he said.
The SLDN is an industry-oriented training programme that combines workplace and institutional training. During the 18-month training period, the McDonald’s apprentices are expected to receive 70 - 80 per cent practical training in the restaurant and 20 - 30 percent theoretical lessons conducted in classrooms.
As soon as they pass the assessment and final test, which will be conducted at the end of the training programme, they will be awarded the Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 2 and Level 3 by the Department of Skills Development (DSD). This certificate qualifies them for employment at McDonald’s restaurant and for them to continue to progress in their career.
Source: McDonald's
SLDN McDonald's Tawar Kursus Untuk Lepasan Sekolah.
SELEPAS tamat persekolahan, antara dilema yang sering terjadi dalam kalangan pelajar lepasan sekolah ialah sama ada mahu melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi atau mula bekerja bagi membantu keluarga.
Hendak bekerja terus dirasakan peluang mengembangkan kerjaya agak terhad kerana tiada sebarang sijil tambahan kecuali Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterima, manakala melanjutkan pengajian memerlukan sumber kewangan yang bukannya sedikit.
Menyedari dilema ini, syarikat operasi McDonald’s Malaysia iaitu Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd. menawarkan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) kepada lepasan sekolah untuk menimba ilmu dan pada masa sama mendapat elaun untuk menyara diri.
Pengarah Kanan Sumber Manusia, Pentadbiran dan Urusan Halal Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd., Azhar Darbi berkata, McDonald's merupakan pengendali restoran makanan segera pertama di negara ini yang menawarkan SLDN berkaitan penyediaan makanan serta layanan dan pertadbiran.
Menurutnya, SLDN McDonald's Malaysia dilaksanakan berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS) yang ditetapkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia berdasarkan model dari Jerman.
“SLDN ini bertujuan mewujudkan tenaga kerja yang kompeten dan terampil dengan berlandaskan NOSS, tenaga kerja yang dilahirkan ini mempunyai stadard pekerjaan yang dimahukan pihak industri.
“Selain itu, SLDN ini juga bagi membantu kami mencapai matlamat 100 peratus tenaga kerja tempatan menjelang hujung tahun ini. Pada masa kini, kurang dua peratus daripada 12,000 tenaga kerja di restoran merupakan pekerja asing,” katanya ketika ditemui kru Panorama baru-baru ini.
Sijil kemahiran
Menurut Azhar, SLDN McDonalds dimulakan sejak Februari lalu dengan pengambilan pertama melibatkan 25 pelajar dan pengambilan kedua sebanyak 27 orang.
“Mereka akan menjalani latihan selama 18 bulan membabitkan 70 peratus latihan praktikal di restoran-restoran McDonald's, manakala 30 peratus lagi teori dan pembelajaran dalam kelas.
“Selepas tamat latihan, mereka akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3.
“Selepas itu, terpulang kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau bekerja sama ada di McDonalds atau di tempat lain,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Sumber Manusia Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd., Zarina Osman berkata, SLDN itu mempunyai pelbagai kelebihan berbanding melanjutkan pengajian di tempat lain.
“SLDN McDonald's tidak mengenakan sebarang yuran pengajian, malah kami juga menyediakan penginapan, pakaian seragam dan makanan percuma.
“Malah, pelatih SLDN ini akan diberi elaun sebanyak RM1,200 sebulan sepanjang mereka menjalani latihan di sini. Pengajian SKM mereka juga percuma,” katanya.
Jelasnya, pelatih program SLDN bukan sahaja dianguerahi SKM oleh JPK malah sepanjang pengajian mereka turut mendapat wang saku.
Sumber: Kosmo
Kementerian Sumber Manusia Iktiraf McDonald's Malaysia.
Komitmen McDonald’s Malaysia dalam menyokong agenda negara untuk melahirkan 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang tahun 2020 kini mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Sumber Manusia.
Pencapaian tersebut menjadikan McDonald’s sebagai pengendali restoran khidmat segera pertama yang menerima pengiktirafan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata penyertaan McDonald’s dalam SLDN dan pengiktirafan yang diterima bakal meningkatkan piawaian syarikat dalam usaha untuk membangunkan modal insan.
“Kami sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan tahap kompetensi kakitangannya sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk mewujudkan kepelbagaian dalam pasukan dan menghasilkan kakitangan yang terlatih.
“Kami percaya bahawa inisiatif pembangunan modal insan kami seiring dengan agenda sumber manusia di peringkat nasional. Kami berharap program latihan SLDN ini mampu menjadi pemangkin untuk negara mewujudkan sumber manusia yang cekap demi meningkatkan pertumbuhan ekonomi seiring dengan Rancangan Malaysia ke-11,” katanya dalam majlis pelancaran SLDN McDonald’s.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri Richard Riot Anak Jaem turut hadir bagi merasmikan majlis tersebut.
Sebagai info, SLDN merupakan program berorientasikan latihan industri yang menggabungkan pembelajaran teori kepada situasi sebenar di tempat kerja.
“Terdapat lima pusat McDonald's Malaysia yang telah diluluskan oleh SLDN iaitu McDonald's cawangan Kota Damansara, NKVE, Damansara Damai, TTDI dan Bandar Sri Damansara sementara Pusat Latihan McDonald’s di Menara Tabung Haji (TH) Petaling Jaya pula dijadikan pusat latihan bagi pembelajaran teori.
“McDonald’s merancang untuk mewujudkan 100 buah pusat latihan di cawangan restoran sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang dengan sasaran seramai 1000 peserta menjelang akhir tahun ini,” ujar Azmir dalam satu kenyataan media.
Oleh Syakirin Daud
Sumber: Watan Online