by Admin
Situasi : Dua Minggu Selepas Temuduga
Ibu : Ahmad, kamu dapat tak kerja yang kamu interview kelmarin?
Ahmad : Tak ibu, semalam HR call beritahu Ahmad tak lulus temuduga. Ahmad pun tak tahulah mana silapnya, dah banyak interview tapi tak ada satu pun yang sangkut!
Korang pun menghadapi masalah sama macam Ahmad? Dah berpuluh tempat pergi temuduga, namun tak ada satu pun yang sangkut!
Kami rasa, pasti ada perkara yang anda sendiri tak sedar bahawa anda telah lakukan hingga menjadi sebab untuk anda gagal temuduga.
Jom refleks diri dengan kesalahan-kesalahan ini. Jika ada yang terkena, sama-samalah kita baiki ya!
Banyak kali dah cakap bahawa persediaan sebelum temuduga itu penting. Pastikan diri anda benar-benar sudah membuat persiapan yang sepatutnya.
Sekarang ni, dah banyak video-video contoh temuduga yang boleh didapati dengan mudah. Luangkan sedikit masa untuk mendapat pendedahan menganai situasi temuduga.
Yakinlah dnegan apa jua yang anda anda. Jangan tunjukkan kelemahan diri hingga ia menampakkan anda seperti merendahkan diri sendiri.
Kod dan etika pemakaian amat penting. Janganlah pakai tshirt dan jeans untuk temuduga. Kalau kami yang jadi panel, tak sempat masuk bilik temuduga kami dah reject tau!
Ketika sesi temuduga, jadilah pendengar yang baik dan jawab semua soalan dengan bernas. Tunjukkan anda sebenarnya seorang pendengar dan pemberi jawapan yang bagus.
Berikan tumpuan tahap maksima kepada si penemuduga.
Ini kes belum apa-apa dah confident nau nau. Tak elok tau over confident ini. Takut nanti menyesal dikemudian hari.
Ini paling ramai calon buat! Malas dan tak mahu belajar dari orang yang berpengalaman. Apa kata korang gunakan orang yang berpengalaman untuk menimba seberapa banyak ilmu yang boleh.
Tak rugi pun jadi pendengar kan?
Etika temuduga seperti patuhi masa dan tanggungjawab anda amat penting. Jika sewaktu temuduga pun anda sudah gagal patuhi segala peraturan, bagaimana nak bekerja nanti?
Sembilan kesalahan ini sebenarnya ramai yang tak sedar. Maklumlah, begitu ghairah mengejar impian dan cita-cita sehingga perkara sekecil ini dipandang enteng.
Jadi, sila take note supaya anda tak melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Sayanglah dah penat-penat ke temuduga tapi tak diterima.