Ini Cara Untuk Minta Kerajaan Bayarkan 10% Bagi Rumah Pertama Anda!
# Trending Semasa

Ini Cara Untuk Minta Kerajaan Bayarkan 10% Bagi Rumah Pertama Anda!

post by null

by Admin

Apr 20, 2016
pada 6:39 AM

Minggu lepas kerajaan perkenalkan skim MyDeposit. Tujuannya adalah untuk membantu golongan pertengahan yang pendapatan isi rumah mereka RM3,000-9,000 sebulan. (Golongan M40)

Apa syarat-syaratnya?

1) Pemohon berumur 21 tahun ke atas
2) Pembelian rumah pertama
3) Hartanah di bawah RM500 ribu

Kalau anda menepati kesemua syarat-syarat ini, anda bolehlah mula 'usha' rumah-rumah di bawah RM500k- tidak kiralah rumah yang sedang dibina atau subsale.

Okey, jadi apa yang perlu dibuat selepas dah jumpa rumah idaman?

1) Anda isi borang permohonan di http://ehome.kpkt.gov.my/

Jangan lupa isi borang ini untuk Jabatan Penilaian Permohonan semak permohonan anda.

Kalau dah lulus, apa yang perlu dibuat?

2) Anda akan mendapat Surat Tawaran Bersyarat Skim MyDeposit

Surat Tawaran inilah yang akan jadi 'cagaran' anda untuk membayar deposit 10% rumah tersebut.

3) Cari, semak dan mohon pinjaman perumahan

Sebelum tanda tangan Perjanjian Jual Beli (S&P), anda perlu menyemak dan memohon pinjaman perumahan.

Kebiasaannya pinjaman perumahan akan turut meliputi kos insuran dan kos guaman bagi pinjaman.

4) Tanda tangan S&P

Selepas anda berjaya dapatkan pinjaman perumahan, anda boleh tanda tangan perjanjian S&P.

Kalau beli rumah yang sedang dibina, pemaju akan 'serap' kos guaman bagi S&P. (Selalunyalah)

5) Tanda tangan Surat Tawaran Pinjaman

Anda akan menerima 'Offer Letter' dari bank jika pinjaman anda diluluskan.

Jadi anda sudah boleh tanda tangan surat tersebut.

6) Penjual atau Pemaju akan membuat tuntutan deposit 10% tadi daripada kerajaan menggunakan surat Tawaran Bersyarat MyDeposit tadi.

7) Kerajaan akan membayar deposit tersebut dan melakukan pemantauan projek.

Ada 'setback' tentang skim ini di mana anda tidak boleh menjual hartanah tersebut dalam masa 10 tahun.

Selain itu, skim MyDeposit juga tidak terpakai bagi projek-projek perumahan kerajaan seperti PR1MA, PPA1M, RUMAWIP dan PPR.

Walaubagaimanapun, skim ini amat membantu golongan isi rumah untuk memiliki rumah pertama pada 'zero-entry cost'.

Maklumlah, deposit rumah- kerajaan bayarkan.
Kos S&P- kebiasaannya pemaju bayarkan.
Kos insurans rumah dan guaman- Boleh dimasukkan dalam pinjaman.

Jangan tunggu lagi! Skim MyDeposit hanya mempunyai kuota sebanyak RM200 juta sahaja. Maknanya siapa cepat dia dapat.

Daftar segera sebelum Jun 2016 ini!

Kredit infografik: Hartabumi
Tulisan: Hartabumi