Pengeluaran KWSP Kena Bayar Balik? Jangan Suka Sangat..
# Trending Semasa # Others

Pengeluaran KWSP Kena Bayar Balik? Jangan Suka Sangat..

post by MJ

by MJ

Mar 31, 2022
pada 4:58 PM

AMAUN PENGELUARAN KWSP DI BAWAH PENGELUARAN KHAS PERLU DIGANTI SEMULA? KENAPA PULA ADA CAJ TAMBAHAN 20 PERATUS? INI JAWAPAN KWSP

Penulis - Ikmal

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP di bawah kemudahan Pengeluaran Khas. Kemudahan ini boleh mula dilakukan bermula 1 April hingga 30 April 2022 melalui portal yang disediakan.

Timbul persoalan, apakah maksud sebenar pengeluaran simpanan KWSP melalui Pengeluaran Khas ini perlu diganti semula? Selain itu, apa pula tambahan 20 peratus yang akan dikenakan? Mari kita baca jawapan yang disampaikan oleh pihak KWSP di bawah.

Maksud Penggantian Semula Amaun Pengeluaran?

Penggantian semula amaun pengeluaran bermaksud ahli perlu menggantikan semula semua amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%. Ilustrasi amaun penggantian semula adalah seperti berikut:

Menurut KWSP, caruman baharu yang diterima akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan. Setelah penggantian semula selesai, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2). Rasional Tindakan Penggantian Semula Dan Tambahan 20% Daripada Amaun Pengeluaran.

Menurut KWSP, rasional tindakan ini dilakukan adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan. Tambahan 20% yang ditetapkan adalah berdasarkan anggaran kehilangan/ kerugian dividen (opportunity loss) ke atas jumlah pengeluaran tersebut dengan purata 5% dividen tahunan. 

Tambahnya,ahli dijangka akan mengambil masa antara empat hingga enam tahun bagi mengembalikan amaun pengeluaran sepenuhnya. Tujuannya adalah untuk memastikan simpanan dapat diisi semula dengan cepat dan memanfaatkan gandaan dividen. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengimbangi antara keperluan mendesak semasa dan simpanan masa hadapan.

Pengeluaran Khas diwujudkan untuk membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik demi memenuhi keperluan mendesak hari ini. Bagaimanapun, KWSP mengingatkan semua ahlinya supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa akan datang.