10 Tips Ini Boleh Bantu Jimatkan Storage iPhone 16GB, Tak Perlu Upgrade Pun!
# Trending Semasa

10 Tips Ini Boleh Bantu Jimatkan Storage iPhone 16GB, Tak Perlu Upgrade Pun!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 21, 2018
pada 1:41 AM

Bila baca je tajuk artikel ni, kami pasti ramai yang merasa lega sebab ada dalam kalangan anda yang menghadapi masalah ni. Kadang tu dah delete macam-macam dah, tapi tetap storage penuh. Lebih-lebih lagi mereka suka selfie dan dengar lagu tapi storage cuma ada 16gb je. Mana cukup?

Jangan risau. Akaun twitter @tech_lagi ada kongsikan tips penjimatan ruang storage bagi pengguna Iphone 16gb.

1. Buang muzik. Gunakan Spotify, JOOX, Deezer dan lain-lain.

2. Gunakan Google Photo untuk back up foto selfie anda.

3. Buang aplikasi permainan yang jarang anda main.

4. Sambung peranti anda ke komputer, buka iTunes, back up dan restore.

5. Keep normal photo (semua tutup).

6. Bila keluar amaran delete older messages, tekan je delete.

7. Pergi settings>safari>clear history dan website data.

8. Amat disarankan untuk kemas kini melalui iTunes.

9. Buang stock apps (iOS 10)

10. Rakam video pada resolusi rendah

Kalau korang belum cuba, bolehlah cuba lepas ni. Kalau yang dah cuba tu, kongsilah dengan kami perbezaan sebelum dan selepas ya!

Sumber: Twitter  @tech_lagi