Menurut Linkedin, 10 Skills Ini Anda Perlukan Untuk Dapatkan Pekerjaan Pada 2022
by Mas Jep
Menurut Linkedin, 10 Skills Ini Anda Perlukan Untuk Dapatkan Pekerjaan Pada 2022
Boleh dikatakan kemahiran atau skills yang diperlukan oleh industri berubah mengikut zaman dan trend. Mengikut pakar kerjaya di Linkedin Blair Heitmann memberitahu CNBC Make It. " Berbeza dengan trend sebelum ini majikan lebih banyak fokus kepada kemahiran dan skills pada jobseeker berbanding dahulu dimana mereka lebih fokus kepada pengalaman dan sijil “
Walapun kemahiran teknikal atau hardskills penting dalam pemilihan calon untuk satu pekerjaan itu namun softskills juga memainkan peranan yang sangat penting juga. Mengikut kajian lebih daripada 93% majikan mengatakan kemahiran insaniah atau softskills memainkan peranan penting ketika mengambil pekerja.
Oleh itu, setelah melakukan kajian, Linkedin telah menentukan antara 10 skills paling penting kepada jobseeker untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan lagi. Kesemua skills ini merupakan antara yang paling dicari oleh majikan dalam industri pekerjaan sekarang ini.
10 Skills Ini Anda Perlukan Untuk Dapatkan Pekerjaan Pada 2022 adalah:
1. Customer Service
2. Sales
3. Accounting
4. Business Development
5. Marketing
6. Leadership
7. Communication
8. Digital Marketing
9. Sales Management
10. Problem Solving
Walaupun ini merupakan antara skill yang dicari buat masa sekarang, permintaan di dalam industri pekerjaan sentiasa akan berubah. Oleh itu kita perlu sentiasa pandai untuk menyesuaikan diri kita dengan trend masa kini.