Malaysia Bakal Mengalami Musim Sejuk Sehingga Februari
by Mas Jep
Malaysia Bakal Mengalami Musim Sejuk Sehingga Februari
Mengikut apa yang dikongsikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Strategi dan Teknikal, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip di buletintv3.my, Malaysia bakal mengalami cuaca nyaman dan dingin apabila purata suhu harian dilaporkan antara 22 hingga 30 darjah celsius.
Seperti yang dikongsikan oleh beliau, ”Ia adalah susulan Monsun Timur Laut yang membabitkan perubahan angin sejuk dari tanah besar China dan juga pembentukan awan hujan berterusan bermula awal November di mana apabila awan hujan banyak, pancaran matahari agak terlindung akan menyebabkan suhu lebih rendah berbanding tempoh masa yang lain”,
Menurutnya, kawasan tanah rata di pedalaman seperti di Kelantan, Pahang dan Perak berkemungkinan akan menjadi lebih sejuk berbanding kawasan lain.
Sumber