CEO Yang Dah Naik Jelak Kongsikan Cara 'Tunggang Langgang' Fresh Grad Mohon Kerja Dengannya
# Pengetahuan Pekerja

CEO Yang Dah Naik Jelak Kongsikan Cara 'Tunggang Langgang' Fresh Grad Mohon Kerja Dengannya

post by Izuan

by Izuan

Sep 2, 2021
pada 7:41 AM

CEO Yang Dah Naik Jelak Kongsikan Cara 'Tunggang Langgang' Fresh Grad Mohon Kerja Dengannya

Nak cari pekerjaan biarlah dengan cara yang betul, bukan dengan cara memohon "part-time job" yang tiada protokol itu. Terlalu memandang enteng terhadap perkara remeh sebegini sebenarnya memberi kesan besar terhadap persepsi majikan.

Dari situ, korang dah dinilai sebagai seorang yang tidak professional! Buktinya, salah seorang majikan meluahkan rasa bengang terhadap sikap graduan muda yang "hentam buta" untuk membuat permohonan jawatan di syarikatnya..kan dah melepas!

Dik...pensyarah tak ajar ke adab-adab menulis email kepada bakal majikan?

SOFT SKILLS (Dec 3, 2014 post)

Hari ni sempat semak email-email permohonan kerja di syarikat saya.

Macam-macam gaya ada. Ada kuak lentang, ada kuak dada, ada kuak kupu-kupu, ada gaya bebas dan ada yang terjun tiruk.

Yang paling best, buat karangan permohonan kerja di bahagian subjek.

Surprisingly, semua ni degree holder.

Dik...pensyarah tak ajar ke adab-adab menulis email kepada bakal majikan?

#sayasenyumdiasenyum

Simple & Sweet

"Menulis email di ruangan subjek pada tahun 2014..Hukuman: Gantung sampai mati"

Yang Ni Steady!

 

Sumber : Ir Meor