7 Perkara Yang Korang Patut Buat Untuk Hari Pertama Bekerja
# Pengetahuan Pekerja

7 Perkara Yang Korang Patut Buat Untuk Hari Pertama Bekerja

post by Aisya

by Aisya

Feb 5, 2018
text.at 4:03 PM

Mendapat pekerjaan merupakan pengalaman yang menggembirakan. Lagi-lagi bagi yang fresh graduate. Tapi, apa yang akan dilakukan pada hari pertama masuk kerja? Mesti korang akan rasa janggal kan. Maklumlah, semuanya masih baru dan mungkin korang akan terasing dan tidak selesa. Betul tak? Jadi kali ni, kitorang ada sediakan beberapa tips yang akan membantu korang ketika hari pertama bekerja. Antaranya ialah...

1. Dapatkan tidur yang cukup dan teratur seawal 2 minggu

Tidur dan rehat yang cukup adalah penting untuk memastikan korang nampak segar dan bertenaga ketika hari pertama di pejabat. Tak kan korang nak pergi office dengan mata yang bengkak sebab tak cukup tidur kan? Dan itu tentunya bukan impressi yang baik pada hari pertama bekerja.

2. Buat test drive ke tempat kerja terlebih dahulu

Ini untuk mengelakkan korang sesat ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dan seterusnya sampai lambat ke pejabat. Walaupun zaman sekarang ni dah ada Google Maps dan Waze, tapi tak salah kalau korang test drive terlebih dulu supaya perjalanan korang nanti lebih lancar dan korang pun dapatlah menganggar masa perjalanan dari rumah ke pejabat. Bagi korang yang naik pengangkutan awam, apakata korang buat research tentang nombor bas, jadual berlepas  dan di mana station untuk berhenti.

3.  Buat homework

Sediakan diri dengan maklumat tentang syarikat tersebut supaya takde lah nanti terpinga-pinga pada hari pertama. Buatlah sedikit homework tentang skop kerja supaya bila diberikan tugas nanti, korang takde lah ‘terkejut’.

4. Sediakan pakaian yang sesuai

Setiap syarikat mesti ada dress-code nya sendiri. Jika korang bekerja dalam bidang media, mungkin korang boleh berpakaian kasual je manakala jika dalam bidang perundangan pulak, korang perlu berpakaian hitam putih untuk nampak lebih profesional. Tapi janganlah terlalu overdressed atau underdressed. Pakaian juga harus sesuai dengan jawatan yang disandang.

5. Catat perkara penting

Sebagai orang baru, mungkin korang belum biasa dengan tugas-tugas yang diberikan. Korang jugak tak mampu untuk ingat semua dalam masa yang singkat. Jadi, untuk membantu, apa kata korang catat je kat dalam buku nota kecil.

6. Don’t Be Yourself… Yet

Tips ini bukan bermaksud untuk menjadikan korang seorang yang hipokrit. Tapi kalau korang ni jenis yang terlampau ramah, takut-takut nanti rakan sekerja memandang serong kat korang pulak. Maklumlah, first impression kan.

Sebaliknya, korang perlu lebih tenang. Jika kerja yang diberi bos agak banyak, janganlah membebel dan merungut di depan rakan sekerja lain.

7. Jangan segan untuk bertanya

Korang janganlah pulak jadi bodoh sombong jika ada benda yang tak tahu atau kurang jelas tentang tugasan yang diberikan tu. Cuba dapatkan maklumat yang perlu semaksimum mungkin. Jika korang tak diberikan kerja, tak ada salahnya kalau korang sendiri yang cuba menawarkan pertolongan kepada bos atau rakan sekerja yang lain kan? Ringan tulang lah sikit.