'Nervous' Nak Pergi Interview? Guna 8 Petua Ini, Elak Rasa Gemuruh Melampau
# Gaya Hidup

'Nervous' Nak Pergi Interview? Guna 8 Petua Ini, Elak Rasa Gemuruh Melampau

post by Aisya

by Aisya

Feb 12, 2018
text.at 2:34 AM

Pernah tak korang merasa berdebar atau darah gemuruh ketika ingin tampil ke khalayak atau menghadiri temu duga atau ingin menempuh sesuatu seperti ingin berucap, menanyakan soalan dalam sesuatu majlis dan sebagainya? Kerisauan melampau mampu mengundang ketidakstabilan sistem peredaran darah menyebabkan seseorang itu  mudah mengalami masalah darah gemuruh. 

Kesan dan tanda darah gemuruh

 

Kebiasaannya, darah gemuruh boleh dirasakan dengan debaran yang kuat di bahagian jantung. Perkara ni berlaku kerana kesan dari fisiologi badan yang bertindak secara automatik sebagai tujuan keselamatan mandiri. Antara kesannya adalah:

1. Kenaikan kadar glukosa dalam darah
2. Kenaikan kadar kortikostroid dan katekolamina dalam darah dan air kencing
3. Kenaikan kadar denyutan jantung
4. Kenaikan tekanan darah
5. Kekeringan pada bibir dan mulut
6. Kesukaran bernafas dan nafas turun naik dengan cepat.
7. Serangan sejuk dan panas
8. Rasa kaku dan kebas pada anggota badan
9. Peluh sejuk keluar daripada rongga kulit

Tips mengatasi gemuruh

1. Pernafasan
Tarik nafas perlahan-lahan dan lepaskan. Lakukan berulang kali sehingga korang rasa diri relaks

2. Persediaan dan latihan
Kalau korang cepat gemuruh apabila bercakap di hadapan orang ramai, korang boleh atasinya dengan menghadirkan diri dalam mesyuarat dan sesekali tu cuba suarakan pandangan korang pada isu berbangkit. Jadi korang akan lebih konfiden untuk bercakap dekat public.

Jika korang takut untuk temu duga, korang perlu lakukan persediaan apa sahaja isi atau bahan berkenaan. Korang juga boleh berlatih kat depan cermin dan sentiasalah tersenyum.

3.Rasa gemuruh makin dilawan makin menjadi kesannya
Jadi korang perlu terima dalam keadaan tenang kerana ini cara badan korang untuk respon supaya korang dapat buat yang terbaik . Anggapkan rasa gemuruh sebagai ‘kawan’ dan bukanya lawan anda. 

4. Sematkan kata-kata positf dalam diri
Sentiasa yakin yang korang boleh lakukan dan percayalah pada diri.

5. Amik wuduk dan berselawat
Air dapat menyejukkan perasaan. Insya’Allah kalau korang niat dalam hati perkara yang baik mesti korang dibantu olehNYA.Banyakkan berselawat, beristigfar sebanyak mungkin. Niat supaya jangan gemuruh semasa melakukan perkara-perkara yang mendatangkan perasaan gemuruh.

6. Motivasikan diri sendiri
Belajar mendisplinkan diri, motivasikan diri, yakinkan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Belajar jadi orang yang berfikiran positif. Jangan tengok kelemahan diri malah tengok kelebihan diri sendiri.

7. Kurangkan pergerakan 
Kurangkan pergerakan kerana ia boleh menyebabkan orang sekeliling merasai perasaan gemuruh yang korang hadapi. Untuk tampil yakin, pegang pen di tangan kerana ia dapat mengatasi rasa gemuruh. Pastikan anda juga berdiri lurus.

8. Tidur secukupnya
Pastikan korang mendapatkan tidur yang cukup. Kurang tidur boleh menambah rasa lesu, tak bermaya dan mudah panik. Apabila panik, perasaan gemuruh juga meningkat.