Dalam kerja, lagi besar pangkat, lagi besar tanggungjawabnya. Segala amanah dan prestasi syarikat terletak di tangannya, andaikata tersilap langkah "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" lah jawabnya. Begitulah cabaran yang dihadapi oleh Tan Sri Dato' Seri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Profesor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Zeti Aziz ini.

