Cara Nak Dapatkan 'Cover Insurans' Kalau Cermin Kereta Pecah Akibat Mesin Rumput
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Cara Nak Dapatkan 'Cover Insurans' Kalau Cermin Kereta Pecah Akibat Mesin Rumput

post by Izuan

by Izuan

Mar 7, 2018
pada 5:15 AM

Korang pernah terfikir tak, masa korang tengah drive sambil lalu di sebelah orang mesin rumput tu, tiba-tiba ada serpihan batu melantun sampai menyebabkan cermin kereta korang pecah? Masa tu korang nak buat apa? Takkan korang nak ganti sendiri cermin tu? Mahal kot! Dah lah bukan kita puncanya.

Sekiranya terjadi perkara macamni, pertama sekali korang jangan pergi serang orang pemotong rumput tu. Nanti tak pasal-pasal jadi isu lain pulak. Korang boleh ikut panduan yang dikongsikan oleh Facebook Malaysian Response Team. 


Tahukah anda setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans? Ini kerana pihak berkuasa tempatan MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin masuk tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.


Sebelum kerja pemotongan rumput boleh dijalankan, pihak syarikat hendaklah mengemukakan cover note insurans mereka kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebagai bukti bahawa syarikat tersebut telah dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.


Setelah dapat nama syarikat, semak dengan pihak syarikat siapa bengkel kereta panel insurans syarikat terbabit? Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam dan setelah selesai, bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans syarikat tersebut untuk mendapatkan cermin baru.


Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian, dan nama jalan serta kawasan di mana kejadian berlaku.
Jadi selepas ini kalau berhadapan dengan kejadian seperti ini tenang dan jangan marah. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja tersebut untuk berbincang.

 

SUMBER: Facebook Malaysian Response Team.