HR Jelaskan Kenapa Kemalangan Masa Unpaid/Emergency Leave Tak Bolah Tuntut PERKESO
# Pengetahuan Pekerja

HR Jelaskan Kenapa Kemalangan Masa Unpaid/Emergency Leave Tak Bolah Tuntut PERKESO

post by Izuan

by Izuan

Sep 2, 2021
pada 3:35 PM

HR Jelaskan Kenapa Kemalangan Masa Unpaid/Emergency Leave Tak Bolah Tuntut PERKESO

Ada syarikat yang memepruntukkan manfaat-manfaat terterntu untuk menjaga kebajikannya, dan harus diingatkan bahawa kebanyakan tidak akan termaktub dibawah Akta Kerja 1955. Oleh sebab itulah pekerja dilarang sama sekali mengambil kesempatan terhadap EMERGENCY LEAVE, mahupun UNPAID LEAVE.

Biarpun syarikat memperuntukkan PERKESO kepada pekerja. Ia bukan sewenang-wenangnya digunakan begitu sahaja, pekerja takkan dapat tuntuan ini. Nak tahu kenapa? Ikuti penjelasan HR Consultant Syamsul Rijal Jamil

[CELIK HR] - Risiko "Unpaid Leave" dan "Emergency Leave".

Terdapat cuti-cuti yang diiktiraf Undang-undang di dalam Akta Kerja 1955, seperti :

1) Cuti Tahun/ Annual Leave (Seksyen 60E)
2) Cuti Bersalin/ Maternity (Seksyen 37)
3) Cuti Sakit/ Sick Leave;( Seksyen 60F)
4) Cuti Masuk Hospital/ Hospitalization (Seksyen 60F (1) (aa)
5) Cuti Umum/ Public Holiday (Seksyen 60D)
6) Cuti Rehat/ Rest-Off day (Seksyen 59)

Terdapat banyak cuti-cuti lain yang "DICIPTA" bagi memenuhi kehendak pekerja yang tidak diiktiraf Akta seperti :

1) Emergency Leave,
2) Unpaid Leave,
3) Paternity Leave;
4) Study Leave;
5) Compassionate leave;
6) Marriage leave;
7) Time-off break
8) Lain-lain cuti.

TIDAK AKAN DILINDUNGI OLEH SOCSO/PERKESO...Kecelakaan yang terjadi di luar skop cuti seperti didalam akta Kerja

Isunya timbul apabila pekerja tersebut kemalangan atau kecelakaan ketika berada pada hari cuti yang tidak termaktub di dalam Akta. Mereka TIDAK AKAN DILINDUNGI OLEH SOCSO/PERKESO.

Perkeso tidak akan melindungi kecelakaan yang terjadi di luar skop cuti seperti didalam akta Kerja kerana waktu tersebut adalah waktu yang tidak diiktiraf undang-undang.

Bagi kes Unpaid Leave, status pekerja itu masih lagi pekerja Syarikat TETAPI terputus dari di TANGGUNG oleh majikan jika berlaku sesuatu yang buruk dan tidak terduga. Selain Perkeso/Socso, Majkan boleh menolak tuntutan yang dipohon pekerja seperti bayaran bil hospital, perubatan dan lain-lain.

Risiko tersebut akan ditanggung SEPENUHNYA oleh pekerja.

Sama seperti kes Emergency Leave, walaupun leave atau cuti ini kemudiannya akan digantikan kepada Annual Leave/ Cuti Tahun namun ketika kejadian tersebut status pekerja adalah dibawah emergency Leave dan bukan Annual Leave. Justeru, TIADA PERLINDUNGAN akan diberikan kepada pekerja.

Satu kerugian yang AMAT BESAR jika kita tidak dapat menuntut apatah lagi menggunakan caruman Perkeso disaat kita amat memerlukan

Adalah satu kerugian yang AMAT BESAR jika kita tidak dapat menuntut apatah lagi menggunakan caruman Perkeso disaat kita amat memerlukan disebabkan kejadian tersebut berada di luar skop dan perlindungan.

Jadilah pekerja bijak. Kurangkan risiko yang boleh dielakkan pada hari yang anda tidak dilindungi, gunakan kelayakkan anda terhadap cuti-cuti yang diiktiraf, ketahui hak anda dan kalau maklumat ini baru hari ini anda ketahui.....ingat !, lepas ni jangan cakap abang tak payung.

SMC CONSULTING 
Managing Potentials With Knowledge