"Tiada Kaitan" - Doktor Ini Tepis Dakwaan Kenyataan Viral Minum Milo Penyebab Sinus
# Trending Semasa

"Tiada Kaitan" - Doktor Ini Tepis Dakwaan Kenyataan Viral Minum Milo Penyebab Sinus

post by Izuan

by Izuan

Apr 22, 2018
pada 10:33 AM

Baru-baru ini viral apabila seorang pesakit menceritakan keadaan dirinya yang kronik akibat penyakit Sinus, menurutnya punca yang menyebabkan berlakunya penyakit ini adalah disebabkan minum Milo. Ia sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Susulan itu, Dr. Beni Rusaini dihujani dengan persoalan terhadap kesahihan kenyataan tersebut. Sebagai seorang pakar dalam kesihatan, doktor ini mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang diwartakan oleh pesakit ini minum milo menyebabkan sinus teruk itu tak betul!

Penyebab Sinus Adalah Kuman

 

I'be been asked to answer this. Answer: sinus-related disease is NOT related to any drink/Milo. One of known causes is infection (kuman). 

Saya banyak menerima soalan berkaitan dengan isu ini. Jawapan saya: Sinus tidak ada kaian dengan sebarang minuman/Milo. Salah satu puncanya ialah kuman.

Pengambilan Gula Berlebihan Boleh Buatkan Obesiti.. Tiada Kaitan Dengan Sinus

Jawapan saya lebih kurang sama dengan kenyataan ini, elakkan pengambilan gula berlebihan dalam makanan/minuman, kerana ia boleh menyebabkan obesiti disebabkan jumlah kalori yang banyak. Tapi ia tiada langsung ada kaitan dengan penyakit Sinus.

Be Responsible, dengan apa yang awak kita kongsikan. 

Mungkin Kenyataan Doktor Ini Disalah Ertikan..Tapi Milo Penyebab Sinus Itu Tidak Tepat

Mungkin maksud doktor itu betul, mungkin juga kenyataan doktor ini disalah ertikan. Tapi, penyakit kronik (malnourish, liver disease etc) diabetes akan melemahkan sistem imun dimana risiko jangkitan kuman itu tinggi. Tapi Milo penyebab utama disease itu tak tepat. Wallahualam

Sumber : Dr Beni Rusaini