Semak Kelayakan Beli Rumah Mengikut Jumlah Gaji Secara Online Disini


by Izuan
Semak Kelayakan Beli Rumah Mengikut Jumlah Gaji Secara Online Disini
Pertama sekali, kami nak ucapkan tahniah jika anda dah mula rasa nak beli rumah dari sekarang, ya lah persediaan rapi pada masa hadapan haruslah dilakukan ketika masih muda dan bertenaga ini. Memeliki hartanah sendiri sudah dikira satu aset besar yang ada pada diri kita.
Cuma diperingkat awal-awal permulaan kerja pasti ramai yang tertanya-tanya "layak ke gaji RM 2,000 nak beli rumah?" "Kalau layak rumah yang macam mana boleh beli?" " Macam mana nak tahu layak ke tak?" Haaa, sekarang ini kan semua benda dihujung jari. Anda boleh semak secara online untuk tahu taraf kelayakan secara percuma!
"Gaji saya RM2000, berapa harga rumah saya layak beli?"
"Gaji saya RM2500, berapa je bank dapat bagi untuk pembiayaan perumahan?"
Itu antara soalan yang biasa saya terima. Mari saya jelaskan secara ringkas.
Secara asasnya pihak bank akan melihat DSR, CCRIS dan CTOS untuk meluluskan pembiayaan perumahan serta aspek-aspek lain.
Seterusnya bank akan tengok gaji dan pendapatan korang. Jadi, macam mana nak kira?
Korang tahu tak, ada satu akses secara PERCUMA kepada korang melalui "Laporan Kelayakan Pinjaman Perumahan" secara online.
Fuhh. 15 bank tu. Boleh tahan.
Ini dapat membantu dan memperbaiki proses semakan pembiayaaan korang yang sedia ada. Bukan untuk yang bergaji saja. Yang bekerja sendiri pun mudah untuk buat semakan.
Kepada korang yang sibuk bekerja dan susah untuk “walk-in” ke setiap bank untuk semakan, boleh guna cara ni.
Laporan ini dijana menggunakan input terus daripada pihak bank dan perubahan input semasa sentiasa dikemaskini.
Korang boleh klik link ini dibawah
https://loanstreet.com.my/ms/semakan-kelayakan-pinjaman-perumahan
Ini mungkin anggaran kasar sahaja. Akan berbeza keputusannya jika korang betul-betul nak mohon pembiayaan perumahan nanti. Sekurang-kurangnya korang dah tahu had maksimum kelayakan harga korang boleh beli rumah.
Kalau dah tahu kelayakan, senang lah korang memburu hartanah nanti. Takde bank tolak permohonan pembiayaan perumahan korang nanti. Kah!
#SHARE jika bermanfaat. TAG kawan-kawan korang. SAVE untuk rujukan sendiri.
Boleh set #SEEFIRST saya supaya korang tidak terlepas post tentang #NotaHartanah & #PengurusanKewangan saya. Moga manfaat 