''Saya Totally Keluar Bidang Engineering Dan Kini Apa Yang Saya Dapat...'' Bukti Keluar Bidang Pun Boleh Berjaya!
# Pengetahuan Pekerja # Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

''Saya Totally Keluar Bidang Engineering Dan Kini Apa Yang Saya Dapat...'' Bukti Keluar Bidang Pun Boleh Berjaya!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 20, 2022
pada 7:46 AM

''Saya Totally Keluar Bidang Engineering Dan Kini Apa Yang Saya Dapat...'' Bukti Keluar Bidang Pun Boleh Berjaya!

Selalu kita baca kisah-kisah pengalaman seseorang yang berjaya dari satu tahap ke satu tahap lain adalah kerana mereka berani untuk berubah. Ramai yang dulunya kerja makan gaji tapi lepas je resign dan buat bisnes sendiri, mereka jadi lebih berjaya berbanding dulu.

Situasi ini memang kena sekali dengan apa yang dialami sendiri oleh lelaki ini. Pada awalnya dia cuma ingin keluar dari bidang engineer kerana dia merasakan dia dah terlalu lama berkecimpung dalam bidang ni dan dibelenggu dengan gaji murah. Tapi bila dah keluar dari jobscope ni, dia dapat lihat peluangnya untuk memajukan diri semakin cerah. Baca kisah selanjutnya...

.........

Berbalik kepada topik, jadi macam mana saya keluar daripada belenggu gaji murah ni ke gaji cukup makan dalam masa kurang daripada setahun?

Saya totally keluar dari jadi engineer kepada jadi something else yang tak memerlukan saya buat kerja engineer, tapi perlu knowledge sebagai engineer dalam bidang aviation ni dan pada masa yang sama menaikkan gaji saya.

Langkah saya bermula bila saya terima jawatan sebagai Technical Programme Representative di sebuah syarikat dari Singapura yang merupakan vendor kepada sebuah syarikat penerbangan tambang murah di Malaysia.

Kerja dia simple je. More of customer support untuk component management operation syarikat penerbangan ni. Senang cerita, I’m the front face of the company kat sini, jadi apa-apa yang berlaku pada pengurusan spare part kapal terbang, sayalah yang akan dipanggil report. Kalau barang tak cukup mereka cari saya, kalau ada upgrade program, saya yang akan bantu menguruskan.

Downside of the job ialah lokasinya yang jauh. Pada masa tu, saya tak kisah sangat. Asalkan gaji naik, ok. Nak gaji naik ni pun mainly sebab nak teruskan aktiviti membeli rumah dan of course, sebab dah berkahwin la. Gaji lama tu kalau hidup single bolehlah selesa lagi.

Saya buang terus title engineer. Pernah pergi interview untuk jawatan engineer di sebuah syarikat pembuat helikopter, tapi dengar macam offernya taklah lumayan mana, cuma company ni benefit banyak. Masa tu saya sedar, kalau nak gaji selesa dalam bidang aviation sebagai graduate engineer, the only way adalah join airline.

Tiap-tiap hari selama tiga bulan saya belajar benda baru. Logistics, shipping, turn around time untuk sparepart kapal terbang dan segala masalah teknikal yang dihadapi oleh kapal terbang setiap hari. Oleh sebab itulah saya rasa agak kelakar bila benda kecil yang berlaku pada MAS sekarang semuanya dilaporkan dalam berita padahal benda remeh-temeh macam ni berlaku all the time. Everyday ada something dan kalau saya cerita satu-satu orang yang tak faham aviation takkan naik kapal terbang lagi.

Then, comes another job offer. Benda sama yang saya buat, cuma company ni dari Switzerland dan handle non low-cost airline. Pay is higher and the rest is history.

 

So apa yang saya nak sampaikan kat sini ialah:

1. Kalau duduk di suatu tempat terlalu lama, kita jadi selesa dan takut pada perubahan. Bila takut nak berubah, kita terpaksa tunggu opportunity dalam bidang yang satu tu je, dan tunggulah sampai bila-bila kalau ada opening jawatan dengan function yang lebih kurang sama di tempat lain.

2. To expand skill, stay dalam bidang yang sama, tapi ambil jawatan dan fungsi lain di company lain. Kelebihannya kat sini ialah knowledge dalam bidang tu masih lagi boleh digunakan dan of course, gaji lebih tinggi. Kalau pilih jawatan gaji lebih rendah silap laa…

3. Career progression ni memang memerlukan pengorbanan sikit. Yes, our first company biasanya tempat yang paling nostalgic, paling selesa dan paling kita sayang sebab kat situ kita dah belajar macam-macam, tapi untuk progress, you can’t stay at the same place.

Memang saya tak tahan travel hari-hari dari Damansara ke LCCT dulu dan menahan stress kerja sebab HQ kat Singpore dan kita sorang-sorang terkontang-kanting menghadap customer but now, pengorbanan tu dah membuahkan hasil.

4. It’s okay to jump awal-awal ni especially dalam dua tahun pertama bekerja. Semua employer faham. Jadi pleaselah, jangan ada perasaan sayang yang terlalu banyak pada company. Loyalty doesn’t pay your bills or can afford you better property. Kalau kesetiaan tu dibayar dengan bonus enam bulan, then by all means, stay kat company tu sampai bila-bila.

To all the ex-bosses, I will be forever grateful. Kepada fresh graduate yang membaca, boleh follow apa yang saya tulis ni sebagai panduan kalau sesuai dengan situasi anda. Share this with your friends yang sedang menghadapi problem ni.