“Alamak, raya dah nak dekat tapi baju pun tak beli lagi!”


by Aisya
“Alamak, raya dah nak dekat tapi baju pun tak beli lagi!”
Tinggal seminggu je lagi dah nak Hari Raya tapi bukan semua orang dapat melakukan persiapan awal kan? Ramai juga yang terpaksa shopping pada saat-saat akhir kerana kekangan kerja. Jadi, bagi korang yang tinggal di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, masih banyak tempat yang dapat menyediakan jualan baju raya sampailah ke malam raya!

Menjadi pilihan utama bukan sahaja mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, malah dari seluruh pelusuk negara. Ramai akan mengambil peluang untuk datang ke sini bagi menyelesaikan keinginan membeli-belah pakaian raya. Bukan setakat pakaian je, malah korang juga boleh dapatkan pelbagai jenis barang yang lengkap untuk menyambut lebaran. Harga pun murah-murah.

Jalan Masjid India juga menjadi tumpuan kedua untuk mecari kelengkapan Hari Raya. Turut menyediakan pelbagai jenis barangan kelengkapan, jika korang mendapati suasana di Jalan TAR lebih padat, boleh juga berjalan kaki sedikit untuk ke lokasi ini.
Selain di Kuala Lumpur, korang juga boleh ke PKNS Shah Alam untuk membeli-belah. Mudah parking dan lebih selesa. Korang boleh dapatkan pelbagai jenis pakaian dan aksesori yang cantik dan murah untuk memeriahkan suasana ketika menyambut Lebaran.

Turut berada di lokasi berdekatan dengan PKNS Shah Alam, Plaza Alam Sentral turut menyediakan kemudahan untuk membeli-belah kelengkapan Hari Raya. Bangunan yang mempunyai lebih dari 5 tingkat ini semestinya dapat memenuhi kehendak korang untuk mencari segala kelengkapan yang diperlukan.

Selain Kuala Lumpur dan Shah Alam, kawasan Bangi juga turut menjadi tumpuan para pembeli. Di Bangi Sentral sendiri korang akan rambang mata dengan melihat pelbagai jenis kedai dan butik pakaian di sana. Dari harga murah hinggalah ke harga yang lebih eksklusif, di Bangi Sentral lah lokasi yang sesuai untuk membeli-belah.

Menjadi tumpuan bukan sahaja keluarga, malah para pelajar adalah semestinya Seksyen 7, Shah Alam. Terdapat pelbagai jenis kedai dan butik pakaian yang boleh dapatkan dari harga murah sehinggalah yang paling mahal! Kalau datang pada hujung minggu mesti akan padat.