Nak Tahu Gambar Korang Tak Disalah Guna? Ini 5 Laman Web Mudah Untuk Korang Check!
# Trending Semasa

Nak Tahu Gambar Korang Tak Disalah Guna? Ini 5 Laman Web Mudah Untuk Korang Check!

post by Nazatul

by Nazatul

Mar 16, 2022
pada 10:07 AM

Sekarang ni semakin popular guna gambar orang lain untuk menjadi profil orang lain yang mengambil kesempatan untuk berniat jahat. Mungkin juga mahu menjadi scammer atau apa saja kegiatan jahat yang boleh menyebabkan imej pemilik asal tercalar.

Nak tahu sama ada gambar korang ada di mana-mana laman web? Ini 5 cara mudah untuk korang buat carian:

#1 Cari Menggunakan 'Google Image Search'

Hasil carian dengan menggunakan nama sahaja kadang-kadang nampak biasa, tapi cuba klik pada tab Image pada Google Search dan mungkin korang akan terserempak dengan gambar korang pada pautan yang tidak ingin korang lihat.

Nak lagi berkesan, muat naik gambar korang dan biar Google Image Search tengokkan sama ada atau tidak muka korang di laman web yang tak pernah korang gunakan.

#2 Cari Gambar Korang di TinEye.com

Laman web TinEye mengkhusus dalam pencarian imej berdasarkan imej contoh yang dimuat naik pengguna.

Layari www.tinEye.com, muat naik satu gambar korang sebagai contoh dan biarkan algoritma TinEye mengorek alam siber ini untuk memastikan gambar korang tidak digunakan oleh mana-mana laman yang tidak berkenaan.

#3 Guna Google Alerts

Sekarang mungkin tidak ada gambar korang yang digunakan oleh mana-mana laman yang mengerikan. Namun jika korang masih suka memuat naik gambar di laman sosial, di masa hadapan mungkin ada selfie korang yang terkena.

Gunakan Google Alerts (www.google.com/alerts) supaya anda akan dimaklumkan jika gambar atau nama anda dimuatkan di mana-mana laman web. Buatlah alerts untuk nama penuh, nama panggilan dan kata kunci. Contohnya hashtag yang selalu korang gunakan untuk menggambarkan diri korang tu.

#4 Taip Nama Korang Di Pipl.com

Laman web www.Pipl.com menggunakan teknik ‘deep search’ khas untuk mencari individu, personaliti mahupun orang perseorangan di laman-laman web lain. Taip nama dalam kotak carian (search box) dan korang akan mendapat hasil carian seperti pautan dan gambar.

#5 Buat Carian Guna Yahoo!, Google, Bing & Dogpile.com

Tak kira lah sama ada guna nama betul atau nama sebenar mahupun kedua-duanya sekali, hasil carian harus dipastikan sama ada betul korang sendiri yang muat naik atau orang lain yang melakukannya. Korang boleh gunakan Yahoo!, Google, Bing ataupun meta search engine seperti Dogpile.com.

Terpulang apa jua enjin carian yang korang suka atau nak betul-betul pasti, gunakan kesemuanya sekali.