Ini 5 Cara Untuk Korang Beza Berus Mekap Sinetik & Berus Diperbuat Dari Bulu Binatang!
# Trending Semasa

Ini 5 Cara Untuk Korang Beza Berus Mekap Sinetik & Berus Diperbuat Dari Bulu Binatang!

post by Nazatul

by Nazatul

Jul 4, 2018
pada 9:42 AM

Ramai daripada pengguna sebenarnya tidak tahu bahawa kebanyakkan berus murah yang diimport daripada China dari bulu khinzir! Hati-hati kalau membeli berus secara atas talian. Ini kerana penjual gemar mengambil stok daripada Taiwan dan sekitar China kerana harga pasarannya jauh lebih murah.

Memang bulu binatang itu lebih halus tetapi dunia hari ini menawarkan pelbagai jenis bulu sintetik yang juga bertekstur lembut biarpun harganya sedikit mahal.

Ini 5 cara membezakan berus mekap sintetik dengan berus yang diperbuat daripada bulu bintang:

#1 Tentang Serat Bulu Berus

Bulu berus sintetik biasanya diperbuat daripada sumber plastik dan nilon yang dicipta untuk menyerupai helaian rambut atau bulu binatang manakala bulu berus binatang asli adalah bersumberkan helaian bulu yang biasanya diambil daripada kambing, khinzir, anak kuda, tupai dan lain-lain.

#2 Bulu Kambing Sesuai Menyapu Solekan Serbuk

Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan, berus mekap yang berasaskan bulu binatang lebih lembut teksturnya. Misalnya, bulu kambing sering dijadikan berus bedak dan berus pemerah pipi kerana seratnya yang lebih lembut dan mampu memberikan sapuan produk yang lebih sekata pada permukaan kulit. 

Manakala, bulu cerpelai, anak kuda dan tupai pula sering dijadikan berus solekan mata kerana ia mampu meratakan produk secara tepat.

#3 Bulu Sintetik Lebih Sesuai Untuk Sapuan Solekan Berkrim

Menurut jurusolek profesional, mereka banyak menggunakan berus sinteteik untuk menyapu solekan berasaskan krim seperti bedak asas (foundation), cream contour dan lain-lain.

Sebab itu apabila dicuci, sellaunya kesan warna produk akan melekat pada bulu dan sukar hilang. Ini kerana serat bulu sinteteik adalah dariapda plastik jenis nilon, taklon dan natrafil.

#4 Cara Kenal Pasti Berus Bulu Khinzir

Beruntung andai penjual melabelnya dengan tanda “HARAM” atau berupa peringatan agar pengguna muslim tidak memegang dan membelinya tanpa menyedari di kedai-kedai yang menjual berus.

Di Sephora juga ada sesetengah berus mekap yang akan dilitup dengan plastik dan diletak label menandakan ia adalah berus yang diperbuat daripada bulu khinzir.

Bulu asli khinzir biasanya dipanggil dengan istilah “Hog Bristle”, “Pig Bristle” atau “Boar Bristle”.

#5 Bakar Berus Tersebut!

Korang juga boleh mengenal pasti sama ada bulu berus tersebut adalah sintetik atau bulu binatang iaitu dengan membakarnya. Jika bau bulu berus adalah seperti bau daging terbakar bermakna ia adalah bulu binatang asli.

Satu lagi cara adalah dengan melihat hujung berus. Jika ia bercabang, itu mungkin bulu khinzir!

SUMBER: Wanista