Individu Ini Kongsi 4 Sebab Kenapa Bahaya Upload Gambar 'Boarding Pass' Di Media Sosial!
# Trending Semasa

Individu Ini Kongsi 4 Sebab Kenapa Bahaya Upload Gambar 'Boarding Pass' Di Media Sosial!

post by Nazatul

by Nazatul

Jul 5, 2018
pada 2:12 AM

Boarding pass bukan hanya memaparkan nama dan destinasi penerbangan korang, tetapi memberi peluang kepada penjenayah untuk mengakses maklumat-maklumat sulit dan mereka berupaya mengubahsuai atau membatalkan tempahan korang. 

"Saya selalu melihat netizen memuat naik gambar-gambar boarding pass yang tertera nama dan destinasi mereka semata-mata mahu menunjuk-nunjuk pada rakan mereka di media sosial. Ada yang membeli kelas pertama atau kelas perniagaan, jadi mereka mahu berkongsi rasa teruja mereka di media sosial."

Terdapat beberapa maklumat penting yang dicetak pada boarding pass seperti: nama anda, nombor tiket atau nombor tempahan dan barcode.

Pada 30 Ogos, ada seseorang individu memuat naik gambar boarding pass di media sosial, jadi saya mengambil keputusan untuk menyiasat sebanyak mana maklumat yang boleh diakses. Beberapa maklumat penting mengenai penumpang terpaksa dikaburkan bagi tujuan keselamatan. 

Gambar ini dimuat naik oleh seorang penumpang Virgin Australia di bawah kendalian Delta Airlines. 

Delta telah memberikan banyak maklumat mengenai penumpang ini termasuk nombor E-Ticket, booking reference, frequent flyer number dan berapa banyak bagasi yang telah didaftar masuk.

 

Bagi mengetahui sama ada sistem mereka lemah atau sebalik, saya ambil keputusan untuk mencubanya sendiri di laman sesawang Delta dengan menggunakan segala maklumat yang sedia ada. 

Di bawah 'Manage My Booking'. apa yang diperlukan adalah nama penumpang dan nombor E-Ticket atau booking reference. Berdasarkan maklumat yang tertera di boarding pass itu, saya berjaya log masuk ke tempahan dan melihat semua butiran penumpang berkenaan. 

Dari butiran itu, saya dapat melihat semua itinerary, bila dan ke mana destinasi perjalanan mereka. Maklumat itu juga termasuk nombor tempat duduk, frequent flyer details dan nombor tiket. 

Empat digit kad kredit yang digunakan juga boleh didapati!

Bukan itu sahaja, malah maklumat seperti berapa harga tambang tiket yang dibayar termasuk tarikh tiket dibeli dan empat digit terakhir kad kredit yang telah digunakan juga boleh didapati. 

Bagi individu yang mempunyai niat jahat boleh menggunakan maklumat seperti ini untuk membatalkan atau menukar penerbangan, menukar tempat duduk atau beberapa perkara yang lain sehingga menimbulkan masalah pada perjalanan anda. 

Lebih menakutkan, barcode yang tertera pada boarding pass juga tidak selamat. 

Berdasarkan gambar di atas, pemilik boarding pass terbabit dilihat cuba menyembunyikan nama dan tarikh penerbangannya. Namun dia terlupa barcode boarding pass masih kelihatan. Ini adalah satu perkara yang orang ramai seringkali terlepas pandang. 

Barcode yang dicetak pada boarding pass tersebut mengandungi informasi mengenai penumpang yang dicetak dalam format khas yang hanya boleh dibaca oleh pengimbas barcode. 

Terdapat banyak pengimbas barcode yang disediakan secara online di internet

Di fikiran korang mungkin menyangka peralatan komputer di lapangan terbang sahaja yang boleh membaca barcode tersebut. Tapi sebenarnya, sesiapa saja boleh membacanya.

Mengakses kesemua maklumat mendapatkan kesemua maklumat penumpang berkenaan tanpa perlu melihat boarding pass yang penuh.

Untuk Mengawal Frequent Flyer

Bukan saja masalah kecurian identiti boleh berlaku, korang juga mungkin akan dilanda masalah kewangan yang serius jika terdapat pihak yang menggunakan kaedah ini untuk mengawal frequent flyer.

Berhati-hatilah bila korang mahu memuat naik gambar boarding pass kerana risiko kecurian identiti adalah tinggi. Cukuplah korang sekadar memuat naik gambar percutian korang di media sosial dan ia lebih selamat berbanding memuat naik gambar boarding pass.