Butang Soak/Tub Cleaning Boleh Buatkan Mesin Basuh Korang Berbau Seperti Baru. Cubalah!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Butang Soak/Tub Cleaning Boleh Buatkan Mesin Basuh Korang Berbau Seperti Baru. Cubalah!

post by Nazatul

by Nazatul

Jul 8, 2018
pada 8:27 AM

Selama korang menggunakan mesin basuh, korang pernah tak cuci bahagian dalam pada mesin basuh tersebut?

Confirm ramai yang tak tahu kan cara untuk mencuci mesin basuh ni. Korang bukan sahaja mencuci pakaian, mesin basuh pun kena cuci bagi bersih tau!

Jika mesin basuh tu kotor dan penuh habuk, maka pakaian kita pun tak lah sebersih yang kita sangkakan. Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali.

Ini perkongsian dari Mommy Daily yang sangat berguna buat kita mengetahui fungsi sebenar fungsi butang soak/tub cleaning bukan semata-mata hiasan tau! Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.

Ini 3 Langkah Mudah Untuk Membersihkan Mesin Basuh Korang Daripada Kotoran:

1. Tekan Butang 'ON'

2. Pilih Dan Tekan Butang Soak/Tub Cleaning, Tekan 'START'

3. Apabila Air Di Dalam Mesin Sudah Hampir Penuh, Masukkan Campuran 1/4 Cawan Cuka Dengan 3 Sudu Soda Bikarbonat

Penggunaan cuka yang bersifat asid mampu menyingkirkan segala bau kepam dan hapak di dalam mesin basuh. Campuran ini dikatakan akan membuatkan mesin basuh korang berbau seperti mesin basuh yang baharu!

“Lepas itu tutup mesin basuh dan biarkan. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah. Cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING, janganlah anda letak kain pula”.

Amalkan tips ini untuk 2 bulan sekali supaya mesin basuh korang dapat beroperasi dengan lebih baik.

“Kalau lama-lama dibiarkan, tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran terkumpul”.

Semoga perkongsian ini dapat membantu orang ramai di luar sana menjalankan rutin seharian dengan lebih lancar.

Sumber: Mommy Daily